Kajian Kitab futuhatul
Makkiyah
أشهد أن لا اله الا الله و أشهد أن محمدا رسول الله
Rahsia
Syariat Dan Nama Ilahi Yang Memiliki Keagungan menuntut keagungan daripada Yang
Memiliki Keagungan. Lalu Yang Memiliki Keagungan enggan menyaksikan selain
keagungan. Apabila dia menyaksikan kewujudan keperkasaan Allah, hamba Allah
bermain mata. Dia sejahtera dengan dirinya bangga, sombong, meninggi diri,
bongkak. Dia beritahunya tentang Syariat yang dipelihara lalu kuasanya
menghinanya sungguh-sungguh. Hamba menjerit dengan kehilangan dan kehinaan,
"Wahai Engkau yang keagungan-Mu dimuliakan dan ditinggikan!"
[Nama-nama Ilahi adalah bahasa bagi suasana yang sesuai dengan hakikat-hakikat]
Allah berfirman, "Katakanlah: Sekiranya di bumi ini kedapatan malaikat
berjalan dengan aman. Kami tentunya akan utuskan daripada langit kepada mereka
malaikat juga yang menjadi Utusan" (17:95) dan Dia berfirman, "Kami
tidak datangkan hukuman sehinggalah Kami hantarkan Utusan" (17:15).
Ketahuilah bahawa Nama-nama Ilahi mempunyai lidah hal yang sesuai dengan
hakikat-hakikat mereka. Penuhilah diri kamu dengan apa yang kamu dengar dan
jangan khayalkan yang berbilang-bilang atau perkumpulan yang bebas bertindak
sendiri. Dalam tajuk ini banyak daripada hakikat-hakikat yang mampu difikirkan
akan disusun menurut hubungan itu, bukan menurut sumber kewujudan. Zat Allah
adalah Esa sebagaimana keadaan zat. Daripada pandangan itu kewujudan kita,
keperluan dan kemungkinan, kita ketahui bahawa kita mesti ada sesuatu yang
harus yang boleh kita pegangi. Dasar yang daripadanya kewujudan kita tuntuti
mesti ada beberapa asbab. Nabi memanggil mereka Wahai Nama-nama Yang Paling
Indah. Dia memanggil diri-Nya "Berkata-kata" melalui mereka oleh
kerana Dia berkata-kata dalam darjat kewujudan bagi Wujud ketuhanan-Nya yang
tidak boleh dikongsikan. Sesungguhnya Dia adalah Tuhan yang Esa. Tiada Tuhan kecuali
Dia. [Pertemuan Nama-nama dalam hadrat Yang Dinamai dan kenyataan keputusan
mereka] Selepas kepastiannya pada permulaan perkara ini dan keutamaan dan
penguasaan dalam alam yang mungkin ini, saya katakan bahawa nama-nama
dikumpulkan bersama dalam hadrat (kehadiran) yang di Namai. Mereka menyaksikan
hakikat-hakikat mereka dan maksudnya dan memintakan kenyataan bagi keputusan
mereka agar sumber mereka akan terpisah daripada kesannya. Pencipta adalah Dia
Yang Menentukan, Yang Mengetahui, Yang Mentadbir, Yang Membezakan, Yang
Membentuk, Yang Memulakan, Yang Mengulangi, Dia yang mengadakan kematian, Yang
Mewarisi, Yang Bersyukur. Semua nama-nama Ilahi memandang kepada zat mereka,
tetapi tidak melihat apa yang sudah diciptakan, diuruskan, dibezakan atau dibekalkan.
Mereka berkata, "Bagaimana ada tindakan kecuali sumber-sumber ini
dinyatakan yang dalamnya keputusan kami muncul lalu penguasaan kami
menyata?" Jadi selepas kemunculan sumber bagi alam, Nama-nama Ilahi yang
sebahagian daripada hakikat alam tuntutkan mencari perlindungan Nama, al-Bari
(Permulaan). Mereka berkata kepada-Nya, "Bolehkah Engkau bawakan kepada
kewujudan sumber-sumber ini agar menyata keputusan kami dan penguasaan kami
didirikan kerana kehadiran yang kami berada di dalamnya tidak menerima kesan
kami?" Al-Bari berkata, "Itu mesti dirujukkan kepada Nama, Yang
Berkuasa. Aku di bawah kuasa-Nya". [Yang harus dalam suasana mereka yang
tidak wujud dan bagaimana sumber mereka muncul] Asas ini ialah dalam keadaan
mereka tidak wujud, 'yang mungkin' membuat permohonan kepada Nama-nama Ilahi
daripada keadaan kehinaan dan pergantungan. Kata mereka, "Ketidakwujudan
membutakan kami daripada pengertian satu sama lain dan kepada mengenali apa
yang kami berhutang denganmu. Jika kamu menyatakan sumber kami dan pakaikan
kami dengan pakaian wujud, kamu merahmati kami dengannya dan kami akan
menanggung kemuliaan dan ketinggian itu kewajipan berhubung dengan kamu.
Penguasaan adalah sah bagi kamu dalam kenyataan kami yang sebenarnya. Kini kamu
adalah Tuan bagi kami semua melalui kuasa dan keupayaan. Inilah yang kami cari
daripada kamu adalah lebih banyak daripadanya dalam hubungannya dengan
kami." Nama-nama menjawab, "Ini, apa 'yang mungkin' katakan itu
adalah sah." Mereka bergerak untuk mencari yang demikian. Kemudian mereka
menghadap nama, al-Qadir (Yang Berkuasa). Dia berkata, "Aku di bawah
penguasaan Yang Menjadikan. Aku tidak boleh membawa sebarang sumber daripada
kamu kepada kewujudan melainkan dengan arahan-Nya. Tidak ada yang mungkin
bagi-Ku kecuali perintah daripada Yang Memerintah datang kepadanya daripada
Tuhannya. Apabila Dia perintahkannya supaya mengambil bentuk dan berkata,
'Jadi!' maka Aku boleh melakukannya dan hubungkannya kepada pembawaannya kepada
kewujudan, maka Aku berikannya bentuk dari saat itu. Pergilah kepada nama Yang
Menjadikan. Boleh jadi Dia akan berkenan dan jadikan lebih berpengaruh aspek
kewujudan di atas aspek tidak wujud. Yang Memerintah, Yang Berkata-kata dan
Diri-Ku akan bergabung bersama dan membawa kamu kepada kewujudan." Mereka
pergi kepada nama, Yang Menjadikan, dan berkata kepada-Nya, "Kami telah
bertanyakan nama Yang Berkuasa, untuk membawa sumber kami kepada kewujudan. Dia
merujukkan perkara ini kepada kamu. Apakah kata kamu?" Yang Menjadikan
berkata, "Yang Berkuasa berkata benar, tetapi aku tidak memiliki berita
tentang nama Yang Mengetahui telah putuskan berhubung dengan kamu, samada
ilmu-Nya untuk membawa kamu kepada kewujudan sudah mendahului secara khusus
ataupun tidak. Aku di bawah penguasaan nama Yang Mengetahui. Pergilah
kepada-Nya dan ceritakan hal kamu". Mereka kemudian pergi kepada nama,
yang Mengetahui, dan menceritakan kepada-Nya apa yang nama, Yang Menjadikan
katakan kepada mereka. Yang Mengetahui berkata, "Yang Menjadikan berkata
benar. Ilmu-Ku mengenai kamu keluar kepada kewujudan sudahpun mendahului,
tetapi adab adalah lebih sesuai. Di sana ada hadrat (kehadiran) yang mengawal
kita, dan ia adalah nama Allah. Kita mesti menghadap-Nya, kerana ia adalah
kehadiran bagi perkumpulan." Semua nama-nama berkumpul dalam kehadiran
Allah. Dia berkata, "Apakah keperluan kamu?" Mereka menceritakan
kepada-Nya. Dia berkata, " Aku adalah nama yang mengumpulkan semua
hakikat-hakikat kamu. Aku adalah bukti bagi yang dinamakan, dan ianya adalah
Zat yang murni yang memiliki sifat kesempurnaan dan 'tiada-hubungan' (tanzih).
Tunggu sehingga Aku masuk kepada pembuktian-Ku." Dia pergi kepada
pembuktian-Nya dan memberitahu-Nya apakah yang dikatakan oleh 'yang mungkin'
kepada-Nya dan apa yang nama-nama rundingkan. Dia berkata, "Pergilah dan beritahu
setiap Nama itu agar mengikat dirinya kepada apa yang hakikatnya tuntut dalam
'yang mungkin' itu. Aku adalah Esa dengan Diri-Ku dalam hubungan Diri-Ku. 'Yang
mungkin' memerlukan darjat-Ku, dan darjat-Ku memerlukan mereka. Semua Nama-nama
Ilahi kepunyaan darjat itu, bukan kepada-Ku, kecuali untuk Yang Esa. Ia adalah
Nama khusus bagi-Ku, dan tidak ada yang berkongsikannya dengan-Ku dalam
hakikatnya dalam aspek apa sekalipun, samada di kalangan nama-nama, darjat atau
'yang mungkin'. [Perseimbangan yang diketahui, had yang ditentukan dan Imam
yang dipelihara] Nama Allah keluar, dan dengan-Nya keluar nama, Yang
Berkata-kata, untuk menterjemahkan bagi-Nya kepada 'yang mungkin' dan
Nama-nama. Dia nyatakan kepada mereka apa Yang Dinamakan nyatakan. Maka Yang
Mengetahui, Yang Menjadikan, Yang Berkata-kata dan Yang Berkuasa dihubungkan,
dan 'yang mungkin' pertama muncul, melalui pilihan Yang Menjadikan dan
keputusan Yang Mengetahui. Apabila sumber dan kesan muncul dalam makhluk,
sebahagian mula menekan yang lain dan mengatasi mereka menurut apa yang mereka
diasaskan daripada nama-nama dan ini membawa kepada perselisihan dan
perbalahan. Mereka berkata, "Kami bimbang susunan kami akan menjadi buruk
dan kami akan disatukan dengan yang tidak wujud yang kami berada dalamnya".
'Yang mungkin' mengingatkan Nama-nama tentang apa yang telah diberitahu kepada
mereka oleh Nama-nama, Yang Mengetahui dan Yang Mentadbir. Mereka berkata,
"Wahai Nama-nama! Jika keputusan kamu di atas perseimbangan yang
diketahui, dan had yang ditentukan oleh Penghulu yang kamu rujukkan, kewujudan
kami akan dipelihara untuk kami dan kami akan pelihara kesan kamu di atas kami
untuk kamu. Itu adalah lebih baik bagi kami dan kamu. Jika tidak, kami akan
musnah dan hilang". Mereka berkata, "Ini adalah pendapat yang berguna
dan benar". Maka mereka lakukan yang demikian. Mereka berkata, "Nama,
Yang Mentadbir, adalah yang menentukan hal kamu". Mereka pergi kepada Yang
Mentadbir membawa hal mereka. Dia berkata, "Aku akan lakukannya". Dia
masuk dan muncul dengan perintah Hakikat kepada Nama, Rab. Dia berkata
kepada-Nya, "Lakukan apa yang kemanfaatan perlukan bagi menjadikan sumber
kepada yang mungkin ini berkesinambungan". Dia melantik dua menteri untuk
membantu-Nya sebagaimana perintah-Nya. Satu ialah Nama Yang Mentadbir dan satu
lagi Nama Yang Membezakan. Allah berfirman, "Dia mentadbir urusan itu dan
membezakan tanda-tanda. Boleh jadi kamu menjadi yakin akan pertemuan dengan Rab
kamu" (13:2) iaitu Imam (Penghulu). Jadi perhatikan betapa bijaknya
perkataan Allah bila Dia bawakan ayat menurut suasana yang mewajibkan hal itu
didasarkan! [Polisi (dasar) yang bijak dan peraturan yang lazim] Nama, Rab,
tentukan had bagi mereka dan letakkan peraturan bagi mereka untuk kebaikan
kerajaan itu dan sebagai ujian siapakah di antara mereka yang baik amalannya.
Allah letakkannya kepada dua lategori. Satu kategori dipanggil polisi yang
bijaksana yang Dia letakkan dalam sifat diri-diri mereka yang ternama. Had yang
ditentukan dan dan peraturan yang digariskan melalui kuasa yang mereka temui
dalam diri mereka dalam setiap bandar, arah dan cuaca, menurut penyusunan
tempat itu dan pembawaan mereka perlukan melalui ilmu mereka mengenai apa yang
sesuai dengan kebijaksanaan. Mereka panggilnya peraturan (nawamis) yang
bermakna "sebab-sebab bagi kebaikan" kerana dalam penggunaan
teknikal, Namus adalah yang membawa kebaikan. Pengintai (jasus) adalah yang
berurusan dengan kejahatan. Nawamis adalah peraturan kebijaksanaan yang
digubalkan oleh manusia yang bijaksana, datangnya daripada ilham yang dari
Allah padahal mereka tidak menyedarinya. Yang demikian adalah bagi kebaikan
dunia, peraturannya dan hubungannya dalam tempat-tempat yang Syariat Ilahi
tidak sampai, tidak juga ilmu tentang Yang Esa yang menurunkan peraturan ini
dan perkara ini membawa hampir dengan Allah, mewarisi syurga atau neraka bukan
juga sesuatu daripada asbab Alam Kemudian. Mereka tidak tahu adanya Alam
Kemudian dan kebangkitan jasad selepas mati dalam bentuk jasad yang asli dan
akan ada makanan, minuman, pakaian, persetubuhan dan keseronokan, dan dalamnya
akan ada seksaan dan azab. Kewujudan yang demikian adalah harus, dan
ketidak-wujudannya juga harus. Mereka tidak mempunyai bukti yang satu daripada
dua itu lebih berat daripada yang satu lagi. "Mereka melahirkan kependetaan"
(57:27). Oleh sebab itu asas peraturan mereka dan manfaatnya adalah untuk
menjadikan faedah terlaksana di sini. Dalam diri mereka, mereka memiliki ilmu
Ilahi: tauhid tentang Allah dan ketinggian serta kemuliaan yang mesti ada
dengan-Nya, sifat-sifat tanzih (tiada-hubungan) dan ketidak-wujudan sebarang
tara atau persamaan. Orang yang menyaksikan yang demikian dan yang
mengetahuinya menceritakannya kepada yang lain. Mereka menggalakkan orang ramai
supaya melakukan penyelidikan yang benar dan mengajar mereka bahawa akal, dalam
hubungan pemikirannya, ada had yang padanya ia berhenti dan tidak berupaya
melepasinya, dan bahawa Allah kurniakan ilham suci kepada hati-hati sebahagian
hamba-hamba-Nya yang dengannya Dia ajarkan kepada mereka ilmu yang langsung daripada-Nya
agar ia tidak menjadi mustahil bagi mereka. Allah pertaruhkan kepada alam
langit perkara-perkara yang dirumuskan melalui adanya kesan mereka pada alam
anasir. Dia berfirman, "Dia bukakan pada setiap langit peraturannya"
(41:12). Mereka mencari hakikat diri mereka melalui apa yang mereka lihat -
apabila jasad yang berbentuk ini mati, tidak ada daripada pancaindera yang
kurang. Lalu mereka tahu bahawa yang menyaksikan dan yang menggerakkan tubuh
fizikal ini adalah unsur lain yang menjadi tambahan kepadanya. Mereka mencari
unsur tambahan itu, maka mereka mengenali diri mereka. Kemudian mereka melihat
apa yang diketahui sesudah kejahilan. Mereka tahu bahawa sekalipun ianya tubuh
yang paling mulia, ianya disertai oleh kemiskinan dan kehilangan. Mereka mencari
puncanya dengan penyelidikan, bergerak dari satu benda kepada yang lain. Bila
sahaja mereka sampai kepada sesuatu perkara, mereka melihatnya memerlukan
sesuatu yang lain sehinggalah pemerhatian membawa mereka kepada sesuatu yang
tidak memerlukan apa-apa bukan juga serupa dengan sesuatu yang menyerupai
sesuatu dan tidak juga sesuatu menyerupainya. Mereka berhenti padanya dan
berkata, "Inilah Yang Pertama". Ia mestinya Yang Satu dengan zatnya
dalam hubungan zatnya, dan kepertamaannya tidak menerima yang kedua, tidak juga
keesaan-Nya kerana Dia tidak mempunyai keserupaan dan tidak juga persamaan.
Mereka mengesakan-Nya dengan tauhid wujud. Apabila mereka melihat yang
demikian, dengan diri mereka, 'yang mungkin' tidak memiliki penguasaan dengan
zat mereka, mereka tahu bahawa Yang Satu ini memberikan mereka kewujudan.
Mereka memerlukan dan bergantung kepada-Nya dan kepada kekuatan-Nya untuk
melepaskan daripada mereka semua yang dengannya zat mereka digambarkan. Inilah
batas akal (dalam pemikiran). [Polisi Syariat dan peraturan Ilahi] Demikianlah
kami jelaskan tentang mereka. Apabila seseorang dari kalangan mereka muncul
yang mereka anggapkan orang itu tidak mempunyai darjat dalam ilmu untuk mereka
percaya, dan mempunyai fikiran yang benar serta perhatian yang wajar, dan
kemudian orang itu berkata kepada mereka, "Aku adalah Utusan Aallah kepada
kamu," mereka berkata, "Keadilan lebih sesuai. Lihatlah kepada dasar
pengakuan itu. Adakah dia mengaku sesuatu yang mungkin ataupun mustahil?"
Mereka berkata, "Sudah teguh pegangan dengan kami bahawa Allah memiliki
limpahan suci yang Dia boleh kurniakan kepada sesiapa yang Dia kehendaki
sebagaimana Dia limpahkannya kepada roh-roh sfera-sfera dan akal-akal ini.
Semuanya berkongsikan kemungkinan. Tidak ada daripada 'yang mungkin' itu lebih
berhak daripada yang lain dalam apa 'yang mungkin'. Terpulang kepada kami untuk
melihat kepada kebenaran orang yang membuat pengakuan itu atau melihat samada
dia berbohong atau tidak. Kami tidak simpulkan salah satu daripada dua pendapat
ini tanpa bukti. Ia adalah adab yang buruk dengan ilmu kami". Mereka
berkata, "Adakah kamu mempunyai bukti tentang kebenaran pengakuan
kamu?" Dia membawakan kepada mereka bukti-bukti, dan mereka memerhatikan
keterangan dan bukti-buktinya. Mereka memerhatikan untuk mengetahui apakah yang
orang ini miliki daripada maklumat-maklumat mengenai hasil pemikiran dan apakah
yang dia tidak perakui mengenainya. Mereka mengetahui bahawa sebagaian daripada
yang dibukakan dalam setiap langit oleh Yang Esa, yang membukakan pada setiap
langit peraturannya, adalah mengenai kedatangan orang ini dan apa yang dia
bawakan. Mereka bersegera kepadanya dengan mempercayai dan memperakuinya.
Mereka mengetahui bahawa Allah telah memperkenalkannya dengan apa yang Dia
telah amanahkan dalam makrifat alam tinggi yang pemikiran mereka tidak sampai.
Kemudian Dia berikannya sebahagian daripada makrifat Allah yang mereka tidak
miliki. Mereka melihat bahawa Dia menurunkan ilmu mengenai Allah kepada manusia
biasa, pendapat yang lemah, adalah dengan yang demikian sesuai bagi akalnya
dalam yang demikian, dan kepada manusia yang berakal cerdas dan pemerhatian
yang kuat adalah juga dengan yang demikian sesuai bagi akalnya dalam yang
demikian. Mereka tahu bahawa lelaki itu telah menerima wahyu Ilahi yang
melampaui tahap akal, dan bahawa Allah telah mengurniakan kepadanya sebahagian
ilmu mengenai-Nya dan kekuasaan keatasnya yang Dia tidak berikan kepada mereka.
Mereka memperkatakan nikmat-Nya dan kelebihan yang Dia kurniakan kepadanya
melebihi mereka. Mereka percaya kepadanya dan perteguhkan dan mengikutinya. Dia
adakan bagi mereka amalan yang membawa seseorang hampir dengan Allah dan dia
ajarkan mereka apa yang Allah ciptakan dari yang mungkin yang tidak kelihatan
bagi mereka, dan apa yang Dia akan bentukkan dalam mereka pada masa akan
datang. Dia ceritakan kepada mereka tentang Dihidupkan-semula, Kebangkitan,
Dikumpulkan, Syurga dan Neraka. [Asas pembentukan Syariat yang suci dalam dunia
ini] Kemudian Rasul-rasul diutuskan silih berganti pada masa dan suasana yang
berlainan. Setiap mereka memperakui sahabat mereka. Mereka tidak berbeza sama
sekali dalam prinsip asas yang atasnya mereka pegang dan yang mereka tunjukkan,
sekalipun perutusan berbeza. Undang-undang Tuhan diturunkan dan perutusan juga
diturunkan. Perutusan menurut masa dan suasana sebagaimana firman-Nya,
"Kami tentukan peraturan (Syariat) dan amalan bagi setiap orang daripada
kamu" (5:48). Prinsip asas mereka bersamaan tanpa ada percanggahan
dalamnya. Mereka mengadakan perbandingan di antara risalat nabi yang datang
daripada Allah dengan apa yang ahli falsafah tetapkan mengenai peraturan
kata-kata falsafah yang mereka anggap sebagai hasil proses pemikiran. Mereka
ketahui bahawa perkara ini lebih lengkap dan ia daripada Allah tanpa keraguan.
Oleh itu mereka menerima apa yang dia ajarkan kepada mereka daripada alam ghaib
dan mereka percaya bahawa kepada Utusan-utusan. Tidak ada dari kalangan mereka
yang membantah, tetapi sebahagiannya tidak memberikan keyakinan yang penuh
kepadanya dan ilmunya dan mereka "menurut hawa nafsu" (7:178) dan
melantik pemimpin dari kalangan mereka sendiri. Mereka jahil tentang diri
mereka yang sebenar dan nilainya, dan mereka jahil tentang Tuhan mereka. Akar
dan sebab bagi diturunkan Syariat kepada dunia ini ialah untuk menjadikan dunia
ini dalam keadaan sejahtera dan perakuan tentang apa yang tidak diketahui
daripada Allah yang tidak diterima oleh akal, iaitu apa yang akal tidak miliki
sendirinya dalam hubungan pemerhatiannya. Jadi Kitab diturunkan yang
mengandungi ilmu ini, dan lidah Nabi dan rasul membacakannya. Dengan demikian
orang yang berakal menegtahui bahawa mereka kekurangan dalam perkara
penegtahuan mengenai Allah yang Rasul-rasul memilikinya dengan sempurna.
[Manusia berakal yang sebenarnya dan mereka yang memiliki kekhuatiran,
perselisihan dan perkataan-perkataan] Dengan menggunakan manusia yang berakal,
saya tidak maksudkan mutakallimun hari ini menurut kebijaksanaannya. Yang saya
maksudkan ialah sesiapa yang mengikuti jalan Rasulullah s.a.w dengan memerhatikan
dirinya, membentuk disiplin diri, bermujahadah, berkhalwat dan persediaan untuk
kedatangan waridat yang akan datang ke dalam hati mereka apabila sifat mereka
menjadi sebahagian daripada alam atas yang dalamnya pembukaan diberikan dalam
langit yang tinggi. Mereka ini, iaitu mereka yang berakal, mengadakan celoteh,
ucapan dan perbahasan dengan mereka yang menggunakan fikiran dalam perkara yang
diperkatakan yang dikeluarkan oleh yang terdahulu. Mereka tidak melihat perkara
itu daripada apa yang orang-orang itu perolehi. Begitulah keadaan kita hari
ini, mereka tidak ada nilai dengan sebarang manusia berakal. Mereka
memperolok-olokkan dan merendahkan hamba-hamba Allah, dan mereka hanya
menghormati orang sama taraf dengan mereka. Kecintaan kepada dunia ini menguasai
jiwa mereka, begitu juga cita-cita kepada pangkat dan kedudukan. Allah
menghinakan mereka sebagaimana mereka menghina ilmu dan Dia merendahkan mereka.
Dia jadikan mereka pergi kepada pintu-pintu raja dan gabernor yang jahil. Raja
dan gabernor itu menghina mereka. Perkataan orang-orang seperti itu tidak
penting. "Allah telah metrikan hati mereka" (7:2), "jadikan
mereka pekak dan adakan tutupan atas pandangan mereka" (47:23) walaupun
mereka mengaku merekalah yang terbaik di dalam dunia ini. Ahli feqah dan mufti
yang di dalam naungan Allah adalah lebih baik daripada mereka sekalipun mereka
kurang ketelitiannya dalam segala aspek. Orang yang mempunyai keyakinan,
sekalipun dia mengambilnya melalui tiruan, berada dalam suasana yang lebih baik
daripada mereka yang berakal itu dalam apa yang mereka dakwakan. Jauh sekali
daripada kedudukan seorang yang berakal dengan keadaan mereka yang demikian!
Kami telah menyaksikan sebahagian daripada mereka yang merupakan orang-orang
yang paling mengetahui tentang skop Rasul-rasul dan mengikuti sunnah dengan
bersungguh-sungguh, dan sangat memelihara Sunnahnya, ahli makrifat mengenai apa
yang perlu mengenai keagungan Yang Haq dalam ketinggian, mengetahui apa yang
Allah kurniakan kepada hamba-hamba-Nya di kalangan Nabi-nabi dan pengikut
mereka dari kalangan aulia di atas jalan mengenali Allah dari arah limpahan
suci yang pilihan yang terkeluar daripada pengajaran yang biasa pada jalan
pembelajaran dan mujahadah yang akal tidak mampu mencapainya melalui
pemikirannya. Saya dengar salah seorang daripada orang yang terkenal dari
kalangan mereka, yang telah menyaksikan sebahagian daripada apa yang Allah
telah bukakan kepada saya mengenai ilmu tentang-Nya tanpa pemikiran dan
pembacaan. Ianya daripada khlawat khusus yang saya lakukan dengan Allah ketika
saya tidak berada bersama-sama mereka yang mencari. Dia berkata, "Segala
puji bagi Allah yang mengizinkan daku berada dalam zaman yang dalamnya daku
melihat seseorang yang Allah kurnikan rahmat daripada-Nya dan ilmu daripada
hadrat-Nya!" Allah kurniakan rahmat kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan
Allah memiliki nikmat yang luas. "Allah katakan yang benar dan memimpin
kepada jalan yang benar". Posted by alif braja at 4:06 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest Links to
this post Labels: Futuhat Al Makiyyah Reactions: Masa yang ada…. أشهد أن لا اله الا الله و أشهد أن محمدا رسول الله 59. Masa yang ada masa dan masa yang
ditentukan Bila engkau pastikan bahawa bahan masa ditentukan dan diketahui melalui
ilusi, Seumpama alam semulajadi dalam memberi kesan kuasanya Sumber alam
semulajadi dan masa adalah tidak wujud. Perkara-perkara ditentukan dengannya,
tetapi ia tidak mmeiliki sumber yang dengannya ia diputuskan. Akal tidak mampu
menyaksikan bentuknya kerana sebab itu, kami katakan masa adalah ilusi.
Seandainya bukan kerana 'tiada-hubungan', kewujudan Allah tidak akan jadi
ditentukan olehnya. Maka Dia meninggi di dalam hati. Bila kamu adil dengan akar
masa daripada sebelum-masa keputusannya ialah azali, dan ia dikawal. Seperti
kekosongan yang sambungannya tidak ada kesudahan dalam badan lain melalui ilusi
dan penjelmaan dalamnya. [Kepertamaan Yang Haq dan Wujud-Nya dan kepertamaan
alam maya dan wujudnya] Ketahuilah, mula-mulanya, bahawa Allah adalah Permulaan
dan tiada yang lain mendahului-Nya, dan tiada apa yang bergantung kepada-Nya
memiliki kepertamaan tidak juga ada sesuatu yang mempunyai sempadan yang sama
dengan-Nya. Dia adalah Esa - maha suci Dia! dalam kepertamaan-Nya. Tidak ada
sesuatu yang wujudnya perlu dengan dirinya sendiri melainkan Dia. Dia Kaya
dengan Zat-Nya, tidak memerlukan kepada sesiapapun. Allah berfirman,
"Allah itu Kaya daripada sebarang keperluan daripada sesiapa" (3:97)
melalui bukti lojik dan Syariat. Jadi wujud alam ini mestilah samada memiliki
kewujudannya yang daripada Allah kepada Diri-Nya, atapun perkara tambahan yang
bukan Dia kerana, seandainya itu adalah Dia, maka tidak ada tambahan. Sekiranya
itu adalah Dia, ia akan menjadi perkara yang kompleks dalam dirinya dan kepertamaan
akan menjadi kepunyaan perkara tambahan itu. Kami telah tetapkan bahawa tiada
kepertamaan kepada apa sahaja dengan-Nya dan tidak juga sebelum-Nya. Oleh
kerana perkara tambahan itu bukan Diri-Nya, ia mestilah wujud atau tidak wujud.
Adalah mustahil ia menjadi tidak wujud. Yang tidak wujud tidak dapat memiliki
kesan untuk membawa kepada kewujudan dalam apa yang dinyatakan sebagai tidak
wujud, iaitu alam maya. Jadi tidaklah daripada kedua-duanya itu yang lebih
memiliki kesan membawa kepada kewujudan melebihi yang satu lagi kerana
kedua-duanya adalah tidak wujud. Yang tidak wujud tidak memberi kesan kerana ia
tidak ada. Adalah mustahil ia menjadi wujud. Maka dalam itu ia semestinya
samada menjadi wujud dengan dirinya atau tidak. Mustahil wujudnya terjadi
dengan dirinya, kerana bukti sudah dinyatakan tentang mustahil di sana ada
kewujudan dua yang wujudnya perlu buat diri mereka. Maka hanya tinggal
kewujudannya oleh yang lain daripada dirinya, dan tidak ada makna bagi
kemungkinan alam maya melainkan kewujudannya adalah oleh yang lain
daripadanyha. Jadi ia adalah alam atau daripada alam. Seandainya kewujudan alam
maya ini adalah daripada Allah melalui hubungan tertentu, sekiranya bukan
kerana hubungan itu, alam maya ini tidak mungkin wujud. Hubungan itu dipanggil
kehendak atau kemahuan atau ilmu atau apa sahaja yang kamu suka daripada
kewujudan itu pada keperluan yang harus. Jadi tanpa keraguan Yang Haq lakukan
sesuatu melalui hubungan tersebut. Keperluan tidak memberi makna melainkan ini,
dan ia adalah mustahil bagi Allah. Allah berfirman, "Allah Maha Kaya,
tidak memerlukan sesiapapun" (3:97). Sekiranya dikatakan apa yang
dimaksudkan dengan hubungan ini sama seperti Zat-Nya, kami katakan benda ini
tidak memrlukan dirinya. Dia kaya dengan diri-Nya. Maka yang memerlukan adalah
yang tidak berpunya. Semua itu bagi Allah adalah mustahil. Kami nafikan perkara
tambahan. Itu memestikan bahawa kewujudan alam maya ini, oleh kerana ia wujud
daripada yang selainnya, terikat dengan Keperluan kewujudan dengan Diri-Nya. Adalah
mustahil sumber yang harus memebri kesan kepada Keperluan kewujudan melalui
Diri-Nya dengan pembawaan-kepada -kewujudan. Perkara ini hanya mampu difahami
demikian. Kehendak, kemahuan, ilmu dan kuasa-Nya adalah Zat-Nya. Allah meninggi
atau melampaui dalam Zat-Nya. Sesungguhnya, Dia memiliki kesatuan yang mutlak,
dan Dia yang Esa, yang Tunggal, Allah, as-Samad "yang tidak beranak"
yang seharusnya menjadi yang terdahulu "tidak juga diperanakkan" yang
menjadi hasil, "dan tiada sesuatu menyamai-Nya" (112:3-4), maka
kewujudan alam maya oleh-Nya adalah daripada dua dasar - daripada Yang Haq dan
yang bersamaan. Allah melampaui sesuatu! Demikianlah Dia nyatakan Diri-Nya
dalam Kitab-Nya apabila Rasulullah s.a.w ditanya tentang sifat Tuhannya.
Kemudian Surah al-Ikhlas diturunkan dan bebaskannya daripada dipersekutukan
dengan yang lain. Allah melampaui penyifatan dan gambaran yang murni itu. Tiada
apa yang Dia nafikan atau isbatkan dalam surah ini tetapi pengisbatan atau
penafian itu adalah apa yang sebahagian orang katakan tentang Allah. [Hubungan
azali dengan Allah seeprti hubungan masa dengan yang fana] Kami telah terangkan
bagaimana kita wajib berkehendak kepada-Nya - dan Dia adalah allah, maha suci
Dia! Kami akan perjelaskan lagi. Ketahuilah hubungan azali dengan Allah adalah
umpama hubungan amsa dengan kita. Hubungan azali adalah sifat negatif tanpa
sumber. Kewujudan bukan daripada hakikat ini. Jadi masa adalah kepunyaan yang
harus dengan hubungan yang kewujudannya ilusi, bukan wujud, kerana dalam hal
apa sahaja yang kamu boleh bahagikan, kamu boleh tanya "bila"
mengenainya. Bila adalah soalan tentang masa, masa mestilah perkara yang ilusi,
bukan wujud. Kerana sebab ini, Allah menunjukkan kepada Diri-Nya apabila Dia
berfirman, "dan Allah mengetahui segala perkara" (33:40) "dan
kepunyaan Allah segala perintah sebelum dan selepas" (30:4). Dalam sunnah
perkataan penanya disahakan bila dia bertanya, "Di manakah Tuhan kita
sebelum Dia ciptakan makhluk-Nya?" Sekiranya masa adalah perkara yang
wujud dalamnya, maka Allah yang melampaui pembatasan tidak boleh dipakai kerana
prinsip masa mengongkong-Nya. Maka kami perakui bahawa bentuk-bentuk ini tidak
ada perkara kewujudan di bawah mereka. [Masa: mudah difahami dan terbukti]
Kemudian kami katakan manusia mempunyai pendapat yang berbeza tentang ungkapan
"masa" dan apa yang difahamkan dengannya dan dibuktikan dengannya.
Orang yang bijaksana menggunakannya dalam perkara yang berbeza-beza. Kebanyakan
mereka mengatakan ia adalah tempuh ilusi yang disilang oleh pergerakan
sfera-sfera. Mutakallimun menggunakannya kepada sesuatu yang lain: perbandingan
dalam-masa kepada dalam-masa mengenai sesuatu yang ditanyakan "Bila?"
Orang Arab menggunakannya untuk memaksudkan malam dan siang. Ia terkeluar dari
tajuk ini. Malam dan siang membahagikan hari. Daripada terbitnya matahari
hingga terbenamnya dipanggil "hari siang", dan daripada terbenamnya
hingga terbitnya dipanggil "malam". Sumber yang dibahagikan ini
dipanggil hari. Hari yang diperkatakan ini menyatakan pergerakan yang lebih
besar. Ianya hanya dalam kewujudan yang khusus kewujudan Penggerak. ia bukanlah
sumber masa. Hasil daripadanya ditujukan kepada masa sebagai perkara ilusi yang
tidak ada kenyataan. Oleh kerana ini sudah dipastikan, yang mudah difahami yang
ditentukan ditunjukkan oleh masa yang ada. Dengannya minggu, bulan dan tahun
dinyatakan. Mereka dipanggil hari-hari dan ditentukan dengan hari kecil yang
biasa yang dibahagikan kepada malam dan siang. "Masa yang ditentukan"
adalah apa yang menjadi tambahan kepada hari yang kecil ini yang dengannya
semua hari-hari besar ditentukan. Dikatakan, "pada hari yang ukurannya
seribu tahun menurut hitungan kamu," (32:5) dan "pada hari yang
ukurannya lima puluh ribu tahun hitungan kamu" (70:4). [Bagaimana hari
dikira pada zaman Dajjal] Rasulullah s.a.w bersabda, "Pada hari Dajjal,
satu hari seumpama setahun, satu hari umpama satu bulan, dan satu hari umpama
satu minggu, dan semua hari-harinya adalah seperti hari kamu." Ini mungkin
disebabkan oleh ketakutan yang amat sangat. Baginda membuang kesamaran secara
zahir pada akhir hadis bila Aisyah berkata, "Bagaimana seseorang lakukan
sembahyang pada hari itu?". Baginda s.a.w menjawab, "Seseorang itu
akan tentukan". Sekiranya bukan kerana perkara itu dalam pergerakan
sfera-sfera masih ada apa yang telah ada tanpa diganggu, ianya tidak sah ia
ditentukan dengan jam yang melalui bentuknya orang yang berpengetahuan tentang
ini bertindak dan melaluinya mereka tahu masa pada hari yang dipenuhi oleh awan
bila matahari tidak terbit. Pada permulaan kemunculan Dajjal, akan ada banyak
awan dan ia akan mengikuti yang lain hingga ke tahap kewujudan siang dan malam
kelihatan sama kepada pandangan mata. Itu merupakan sat daripada bentuk yang
jarang berlaku akan berlaku pada masa hampit kiamat. Awan-awan yang berbondong-bondong
itu akan datang di antara kita dengan langit, tetapi pergerakan langit adalah
seperti biasa. Jadi pergerakan akan muncul dalam peekrjaan yang sebenar yang
akan diketahui oleh mereka yang bertugas dengan ilmu mengenai kemunculan dan
lakaran bintang-bintang. Dengannya mereka tentukan malam dan siang dan jam bagi
sembahyang tanpa keraguan. Jika hari itu yang satu tahun seperti satu hari,
ianya tidak diwajibkan bagi kita untuk tentukan sembahyang. Kita menantikan
tengahhari menurut matahari. Jika ia tidak turun, kita tidak lakukan smebahyang
Zuhur. Jika matahari berhenti dan tidak turun selama dua puluh ribu tahun,
Allah tidak mewajibkan kita sesuatu yang lain. Bila Pemberi peraturan
perintahkan kita beribadat menurut ketentuan, kita tahu bahawa pergerakan
sfera-sfera ada dalam kawasan itu dan strukturnya tidak rosak. [Satu masa
(zaman fard) dan satu jauhar] Kami telah nyatakan apakah masa itu dan apakah
maksud hubungan kewujudannya dan hubungan ketentuan. Di sana ada banyak
hari-hari, keduadua-nya kecil dan besar. Yang paling kecil di antara mereka
ialah satu masa yang berdasarkan kepadanya muncul "setiap hari Dia di
dalam urusan" (55:29). Satu masa (zaman fard) dipanggil satu hari kerana
"hal" yang diperkatakan mengenainya adalah masa yang paling kecil dan
paling halus. Tidak ada sempadan bagi hari-hari yang besar yang padanya ia
berhenti. Di antara mereka ialah hari pertengahan, yang pertama ialah hari
biasa diketahui umum yang dibahagikan kepada jam. Jam dibahagikan kepada minit
dan minit dibahagikan kepada saat dan seterusnya sehingga ke infiniti bagi
sesetengah manusia. Mereka bahagikan minit kepada saat. Bila keputusan
nombor-nombotr memasuki mereka, keputusannya ialah nombor itu dan nombor tidak
berakhir maka pembahagian juga tiada kesudahan. Sebahagian manusia bercakap
tentang akhiran dalam yang demikian dan melihatnya dalam hubungan nombor.
Merekalah yang menyatakan masa ada sumber kewujudan. Semua yang masuk kepada
kewujudan sampai kepada akhirannya tanpa keraguan lagi. Yang berlawanan dengan
mereka mengatakan "yang dinomborkan" oleh kerana ia dinomborkan,
tidak masuk ke dalam kewujudan maka ia tidak digambarkan sebagai pergi kepada
akhiran kerana nombor tidak digambarkan sebagai berakhir. Mereka yang menafikan
"zat yang satu (satu jauhar)" membawa ini sebagai hujah. Tubuh
dibahagikan terus menerus dalam akal. Ianya hanya perkara yang dipertikaikan
oleh mereka yang membuat spekulasi yang kurang dalam pertimbangan yang wajar
dan penyelidikan dalam apa yang dibuktikan oleh ungkapan. Ianya berhubung dengan
hadis yang sahih bahawa masa (dahr) adalah salah satu nama Allah. Keadaan masa
yang mudah difahami sudah diketahui umum dan kami akan nyatakannya, Insya'
allah, dalam buku ini. "Allah katakan yang benar dan memimpin ke jalan
yang benar". Posted by alif braja at 4:05 AM No comments: Email
ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest Links to this
post Labels: Futuhat Al Makiyyah Reactions: Ilmu darjat & pangkat أشهد أن لا اله الا الله و أشهد أن محمدا رسول الله Sebab bertambah dan berkurangannya ilmu
dan firman Allah, "Katakanlah:'Wahai Tuhan, tambahkanlah ilmuku!" dan
sabda Rasulullah s.a.w, "Allah tidak menghilangkan ilmu dengan mencabutnya
dari dada ulama, tetapi Dia menghilangkannya dengan mematikan ulama." Tajalli
wujud Yang Haq dalam sfera diri kenyataan bagi berkurangannya ilmu. Jika
seseorang tidak menyedari hal tersebut dengan dirinya mampukah dia menyaksikan
Tuhannya melalui penyelidikan dan pertanyaan? Seandainya kepelbagaian ilmu
lahir dalam diri, penutupan yang disedari ditetapkan oleh kata-kata tersebut.
Tiada apa kecuali cakra matahari kewujudan muncul dan cahayanya jatuh ke atas
alam arwah. Yang Asal hanya disaksikan bila ada kenyataan sekalipun manusia
dimusnahkan oleh kekuatan tamak. Tidak syak lagi pada kenyataan yang aku
bukakan dan ianya bukan gambaran kebohongan yang salah atau dugaan. [Ilmu:
darjat dan peringkatnya] Ketahuilah bahawa setiap benda yang hidup dan setiap
orang dinyatakan oleh pengertian, berada dalam pengetahuan baharu pada setiap
nafas menurut pengertian tersebut. Walau bagaimanapun, boleh jadi individu yang
menyaksikan itu bukanlah seorang daripada yang berpengetahuan penuh
mengenainya. Sebenarnya, ilmu, maka ilmu boleh dinyatakan sebagai berkurangan
berhubung dengan orang yang berilmu. Ia terhasil daripada fakta bahawa
seharusnya ada pengertian sekiranya penghalang mengganggu di antaranya dan
benda-benda yang dia lihat, seperti keadaan orang yang buta atau pekak atau
seumpamanya. Oleh yang demikian ilmu naik dan turun mengikut apa yang
diketahui. Kerana itulah apabila himma berhubungan dengan ilmu yang mulia yang
melaluinya manusia dinyatakan, dirinya (nafs) dipersucikan dan darjatnya
dipertingkatkan. Tahap ilmu yang tertinggi ialah ilmu mengenai Allah. Jalan
tertinggi kepada ilmu mengenai Allah ialah ilmu tentang tajalliyat. Di bawahnya
ialah ilmu tentang penyelidikan akal (nadhar). Tidak ada ilmu Ilahi di bawah
penyelidikan. Ia adalah kepercayaan atau pendapat bagi manusia umum, bukan
ilmu. Ilmu-ilmu ini ialah apa yang Allah perintahkan kepada Rasul-Nya supaya
menambahkannya. Allah berfirman, "dan jangan terburu-buru dengan Quran
sebelum pembukaan kepada kamu selesai dan katakan, 'Wahai Tuhan, tambahkan
bagiku ilmu'" (20:114), iaitu tambahkan bagiku dengan Perkataan-Mu yang
Engkau kehendaki aku mengetahuinya. Di sini pertambahan ilmu ialah ilmu tentang
penyingkapan secara perlahan, di luar adab dengan guru yang membawakannya
kepadanya daripada Tuhannya. Kerana sebab ini, Dia letakkan ayat ini sesudah
perkataan-Nya, "dan segala muka merendah diri kepada Yang Hidup, Yang
Berdiri Sendiri," (20:111) iaitu merendah diri. Dia maksudkan ilmu tentang
tajalli. Tajalli adalah jalan yang paling mulia bagi memperolehi ilmu - ia
adalah ilmu yang dirasai dengan segera. [Ilmu: bertambah dan berkurangan] Kami
akan nyatakan pertambahan dan pengurangan ilmu dalam tajuk lain, Insya' Allah.
Allah mengurniakan segala-galanya - dan diri (nafs) manusia salah satunya -
zahir dan batin. Diri manusia secara zahirnya menyaksikan dengan mata, dan
batinnya dengan ilmu. Allah adalah Yang Zahir dan Yang Batin. Adalah dengan-Nya
pengertian diperolehi. Bukanlah kuasa sesuatu yang selain Allah untuk
menyaksikan sesuatu dengan sendirinya. Dia menyaksikan dengan apa yang Allah
letakkan padanya dan tajalli Allah. Sesiapa yang memperolehi tajalli daripada
mana-mana alam, baik alam ghaib dan tidak kelihatan, adalah daripada Nama, Yang
Zahir. Bagi nama, Yang Batin, sebahagian daripada hakikat hubungan ini ialah
tidak pernah ada tajalli dalamnya, tidak dalam alam ini ataupun alam kemudian
kerana tajalli menunjukkan kenyataan Allah kepada seseorang yang menerima
kenyataan itu. Itu kepunyaan nama Yang Zahir. Hubungan yang mudah difaham oleh
akal tidak berubah, sekalipun mereka tidak mempunyai sumber yang melaluinya
mereka keluar. Walau bagaimanapun, mereka mempunyai kewujudan yang lojik, maka
mereka adalah mudah difahami. Apabila Allah kurniakan tajalli, samada sebagai
kurniaan semata-mata ataupun sebagai jawapan kepada permohonan, tajali itu
dikurniakan kepada diri yang zahir, dan pengertian oleh indera berlaku dalam
bentuk itu, dan ia mengambil tempat pada ruang antara (barzakh) dan membentuk
gambaran. Maka orang yang menerima kenyataan itu akan mendapat pertambahan
pengetahuan jika dia seorang ulama dalam Syariat, bertambah pengetahuan dalam
kriteria maksud jika dia seorang ahli dialek, dan bertambah pengetahuan dalam
ukuran ucapan jika dia seorang ahli bahasa. Ianya menjadikannya pakar dalam
setiap pengetahuan mengenai makhluk dan bukan makhluk. Ilmunya bertambah dalam
bidang yang dia ceburi. Mereka yang di atas jalan ini mengetahui bahawa
pertambahan ini datangnya daripada tajalli Ilahi kepada kumpulan-kumpulan
tersebut, agar mereka tidak dapat menafikan apa yang telah dibukakan kepada
mereka. Penangkapan deria orang yang bukan ahli makrifat bertambah dan ia
disandarkan kepada pemikiran. Pengalaman bagi yang selain dua ini bertambah
tetapi tidak mengetahui yang mereka menjadi bertambah dalam perkara apa. Dalam
gambaran "gambaran mereka adalah seperti keldai yang membawa buku yang
tebal. Betapa buruknya gambaran mereka yang menafikan ayat-ayat Allah!"
(62:5). Ayat-ayat itu adalah pertambahan ini dan sumber pertambahannya.
Keajaiban diungkapkan bagi mereka yang menyandarkannya kepada pemikiran mereka!
Mereka tidak tahu bahawa pemikiran mereka, renungan dan kajian dalam sebarang
persolan adalah pertambahan pengetahuan dalam diri mereka yang datangnya
daripada tajalli tersebut yang telah kami nyatakan. Pemikir sibuk dengan
hubungan pemikirannya dan penghujung pencariannya. Dia terhijab daripada
pengetahuan mengenai hal yang sebenar. Pengetahuannya bertambah tetapi dia
tidak menyedarinya. Apabila tajalli berlaku, ianya melalui nama Yang Zahir
kepada bahagian batin seseorang. Pengertian berlaku tentang dalaman mengenai
alam hakikat dan maksud melepaskan perkara fizikal. Ini ditunjukkan sebagai
"catatan-catatan" lantaran catatan-catatan Ilahi tidak mempunyai
kekeliruan atau kemungkinan dalam aspek tertentu. Ia hanya berlaku dalam
maksud. Maka orang yang ada maksud bebas daripada pemikiran yang berat, dan
dalam tajalli dia menjadi bertambah dalam pegetahuan ketuhanan, ilmu tentang
rahsia-rahsia dan ilmu tentang batin, dan apa yang berhubungan dengan Alam
Kemudian. Ini dititikberatkan oleh mereka yang di atas jalan kami - ia adalah
jalan ilmu. [Ilmu: pengurangannya] Ilmu boleh berkurangan kerana dua sebab,
samada melalui sifat buruk dalam asas organismanya atau ketidak-sempurnaan
sampingan dalam bakat yang berhubung dengan itu. Sifat buruk dalam asas
organisma tidak boleh diubah, sebagaimana kata al-Khidr tentang seorang
kanak-kanak, "sifatnya ialah ingkar" (18:80). Ini adalah asas
organisma. Bagi ketidak-sempurnaan sampingan, ia boleh hilang - jika ianya
dalam bakat itu - dengan ubat. Jika ianya dalam diri, sebagaimana apabila
kecintaan kepada kepimpinan dan menurut hawa nafsu mengalih dia daripada
menambahkan ilmu yang mengandungi darjat dan kebahagiannya, ini boleh
dihilangkan apabila Hakikat menyeru dari dalam hatinya dan dia kembali kepada
tafakur yang benar, dan dia mengetahui bahawa dunia ini adalah salah satu
pentas bagi pengembara dan jambatan yang perlu diseberangi, dan seandainya
manusia tidak menghiaskan dirinya dengan ilmu, kelakuan yang mulia dan
sifat-sifat Alam Malakut di sini dalam bentuk penyucian dan pembebasan daripada
hawa nafsu yang menghalang dia daripada renungan yang benar, tiada jalan
untuknya memperolehi kebahagiaan yang abadi. Maka dia mulakan dengannya.
Ketidak-sempurnaan ini juga sebab bagi pertambahan ilmu. Saya tidak maksudkan
apabila ilmu itu berkurangan ia adalah semata-mata kesalahan manusia - kecuali
ilmu ketuhanan. Kebenarannya menunjukkan bahawa tidak ada pengurangan sama
sekali dan manusia itu sentiasa dan terus menerus bertambah ilmunya dan dalam
hubungan apa yang inderanya berikan kepadanya, turun naik suasana dan aliran
pemikiran dalam dirinya. Ilmunya bertambah, tetapi tidak ada manfaat dalamnya.
Pendapat, keraguan, spekulasi, kejahilan, kelalaian dan kelupaan: semua ini dan
perkara-perkara seumpamanya tidak disertai oleh ilmu yang apa yang kamu di
dalamnya dalam hubungan pendapat, keraguan, spekulasi, kelalaian atau kelupaan.
[Ilmu tajalli: pertambahan dan pengurangannya] Bagi pertambahan dan pengurangan
ilmu tajalli, manusia itu samada berada dalam salah satu suasana: bagaimana
anbia bawakan mereka muncul keluar secara pancaran, atau aulia melalui prinsip
menjadi pewaris anbia. Inilah seperti yang dikatakan kepada Abu Yazid
al-Bistami apabila jubah perwakilan dipakaikan kepadanya, "Pergilah kepada
makhluk-Ku dengan sifat-sifat-Ku. Sesiapa yang melihat kamu melihat Aku!"
Tidaka ada apa yang boleh dia lakukan kecuali mentaati perintah Tuhannya. Dia
maju selangkah ke arah dirinya dan dia pengsan. Kedengaran jeritan,
"Kembalikan Kekasih-Ku kepada-Ku! Dia tidak dapat menahan perpisahan
dengan-Ku!" Dia telah larut ke dalam al-Haq, seperti Abu 'Iqal
al-Maghribi, maka roh-roh diamanahkan dengannya dan sesiapa yang membantunya
apabila dia diperintahkan keluar kembalikan dia kepada setesen penyerapan
(istihlak) dalam-Nya. Dia dikembalikan kepada Allah dan pakaian rendah hati,
kemiskinan, dan kehinaan dipakaikan kepadanya. Hidup ini menggembirakan dan dia
menyaksikan Tuhannya dan bertambah dalam keakraban dan memperolehi kerehatan
daripada "amanah yang dipertaruhkan" (33:72) yang perlu diangkatkan
daripadanya. [Kenaikan (Mikraj) manusia atas Tangga Makrifat] Sejak saat saat
permulaan seseorang itu memulakan tangga kenaikan, dia mempunyai tajalli
ketuhanan menurut tangga yang dia daki. Setiap orang dari kalangan ahli Allah
mempunyai tangga khusus untuknya yang tidak ada orang lain mendakinya. Jika
seseorang boleh mendaki tangga orang lain, maka kenabian boleh diperolehi.
Dengan zatnya, setiap tangga memberikan darjat khusus untuk orang yang
mendakinya. Sekiranya keadaan sebaliknya, ulama boleh memanjat tangga anbia dan
memperolehi kenabian dengan berbuat demikian. Keadaannya tidak demikian.
'Keupayaan ketuhanan' akan hilang sekiranya perkara itu berulang. Dalam
pandangan kami, ianya sah bahawa tidak ada pengulangan dalam kehadiran itu.
Walau bagaimanapun, semua langkah bagi maksud - anbia, aulia, yang beriman, dan
utusan - semuanya sama. Satu tangga tidak mempunyai anak tangga yang lebih
daripada tangga lain. Langkah pertama ialah Islam. Ia adalah penyerahan.
Langkah terakhir ialah penghapusan (fana) dalam kenaikan itu dan berjalan terus
dalam perjalanan keluar itu. Apa yang tinggal ialah di antara dua mereka. Ia
adalah iman, ihsan, ilmu, kesatuan sejati (taqdis), 'tiada-hubungan' (tanzih),
kekayaan, kemiskinan, kehinaan, kekuasaan, perubahan (talwin), penetapan dalam
perubahan itu, penghapusan (fana) jika kamu keluar dan berjalan terus jika kamu
masuk. Setiap langkah yang dalamnya kamu tinggalkkannya mengurangkan
pengetahuan tajalli dalam keseimbangan batin kamu dengan apa yang bertambah
pada zahir kamu sehingga kamu mencapai langkah terakhir. Jika kamu keluar dan
mencapai langkah terakhir, maka Dia menyata dengan Zat-Nya dalam zahir kamu
menurut nilai kamu dan kamu menyatakan-Nya dalam makhluk-Nya. Dalam batin kamu
tidak ada apa lagi yang tinggal dan tajalliyat kebatinan meninggalkan kamu
secara keseluruhannya. Apabila kamu dipanggil untuk masuk, panggilan ini adalah
langkah pertama yang akan dinyatakan kepada kamu melalui tajalli dalam batin
kamu menurut apa yang berkurangan bagi tajalli itu dalam zahir kamu, sehingga
kamu mencapai langkah terakhir. Kemudian Dia dinyatakan kepada batin kamu
dengan Zat-Nya dan tidak ada tajalli sama sekali tinggal dalam zahir kamu.
Sebab bagi yang demikian ialah hamba dan Tuhan terus bersama, setiap satu
dengan kewujudan yang sempurna bagi dirinya: hamba tetap hamba dan Tuhan tetap
Tuhan, sekalipun berlaku pertambahan dan pengurangan ini. Inilah sebab bagi
pertambahan dan pengurangan ilmu tajalliyat dalam zahir dan batin. Sebab bagi
itu ialah peraturan. Inilah sebabnya semua yang Allah ciptakan dan bawakan
kepada kewujudan dalam keasliannya adalah komposit (dalam keadaan banyak
bahagian tetapi merupakan kesatuan) - ia ada zahir dan batin. Apa yang kami
rujukkan sebagai anasir yang mudah (basa'it) adalah perkara yang mudah difahami
yang tidak ada kewujudan dalam sumbernya. Setiap benda yang wujud, selain
Allah, adalah komposit. Kami ketahui ini melalui kasyaf yang benar yang tidak
ada keraguan dalamnya. Ia mewajibkan pergantungan yang sesuai kepada-Nya,
kerana ia adalah gambaran yang perlu bagi-Nya. Jika kamu faham, kami sudah
jelaskan jalannya untuk kamu mulakan pendakian bagi diri kamu. Maka
mengembaralah! Dan naiklah! Kamu akan lihat dan saksikan apa yang sudah kami
jelaskan kepada kamu. Kami telah perincikan langkah-langkah pendakian bagi kamu
yang kami simpan bagi kamu dalam nasihat yang berguna apabila Rasulullah s.a.w
perintahkan kita melakukannya (dalam hadis). Sekiranya kami ceritakan buah dan
hasilnya kepada kamu tanpa perincian jalannya kepada kamu, kami akan membuatkan
kamu teringinkan sesuatu yang besar yang kamu tidak ketahui jalan
memperolehinya. Dengan yang Esa yang diriku dalam tangan-Nya, ia adalah Mikraj.
"Allah katakan yang benar dan membimbing kepada jalan yang benar".
Posted by alif braja at 4:04 AM No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare
to FacebookShare to Pinterest Links to this post Labels: Futuhat Al Makiyyah
Reactions: Penanggung Arasy أشهد أن لا اله الا الله و
أشهد أن محمدا رسول الله
[Mengenai Penanggung Arasy] Dengan Allah, Arasy menanggung ar-Rahman, dan
mereka menanggungnya - kenyataan ini mudah dimengerti. Apakah kuasa yang ada
pada makhluk dan apakah kekuatannya sekiranya bukan kerananya yang akal dan
Penyingkapan bawakan? Tubuh dan roh dan makanan serta kedudukan tiada apa lagi
yang pembahagian aturkan. Itulah Arasy, seandainya engkau ketahui kemuliaannya!
Yang bersemayam di atasnya dengan nama ar-Rahman yang diharapkan. Mereka
berlapan, dan Allah mengetahui mereka. Kini di sana adalah empat, dan tiada
kesalahan pada mereka: Muhammad, kemudian Ridwan dan Malik, Adam dan Khalil (Ibrahim)
dan kemudian Jibrail, Diikuti oleh Mikail dan Israfil. Hanya lapan di sini -
mendapat kekuatan daripada "La ilah illa Llah". [Arasy (singgahsana)
dalam bahasa Arab] Semoga Allah membantu wali-Nya! Ketahuilah dalam bahasa Arab
singgahsana membawa maksud sesuatu yang menunjukkan kepada kewujudan kerajaan.
Dikatakan, "Singgahsana raja diruntuhkan," bila berlaku kekacauan di
dalam kerajaannya. Singgahsana (takhta) juga membawa maksud kerusi. Bila
singgahsana dimaksudkan sebagai penunjuk bagi sesuatu kerajaan, pembawanya
adalah penanggungnya. Bila singgahsana itu adalah kerusi, penanggungnya ialah
kakinya yang menanggungnya, ataupun sesiapa sahaja yang membawanya di atas
galas mereka. Bilangan ditentukan bagi penanggung singgahsana Arasy. Rasulullah
s.a.w mengatakan ada empat di dalam dunia ini, dan lapan pada Hari Kebangkitan.
Rasulullah s.a.w membacakan, "Pada hari itu lapan akan membawa Arasy Tuhan
kamu" (69:17) dan kemudian baginda bersabda, "Kini mereka adalah
empat," maksudnya dalam dunia ini. Firman Allah, "Pada hari itu
mereka menjadi lapan", bermaksud Hari Kebangkitan. [Arasy terkandung dalam
tubuh, roh, penyuburan dan darjat] Kami bawakan daripada Ibn Masarra al-Jabali,
salah seorang yang terkemuka dalam bidang kerohanian, mengatakan, dan menyingkapkan,
"Arasy yang dibawa itu adalah kerajaan. Ia terkandung di dalam tubuh, roh,
penyuburan dan darjat. " Adam dan Israfil dari golongan bentuk; Jibrail
dan Muhammad dari roh; Mikail dan Ibrahim dari pembekalan; dan Malik dan Ridwan
dari Janji dan Ancaman. Dalam kerajaan itu hanya ada apa yang dinyatakan.
Penyuburan, iaitu pembekalan, adalah yang boleh dicapai dengan pancaindera dan
juga rohaniah. Apa yang akan kami nyatakan dalam tajuk ini ialah satu cara,
yang membawa makna kerajaan, melaluinya segala manfaat berhubung.
"Penanggungnya" mengatur mereka yang menjalankan urusan. Satu
pengurus dalam bentuk anasir atau bentuk yang bercahaya; satu pengurus dalam
bentuk roh; satu pengurus kepunyaan bentuk anasir; satu pengurus adalah roh dan
satu diuruskan dan dikuasai oleh bentuk yang bercahaya. Penyuburan adalah
kepunyaan bentuk anasir dan penyuburan ilmu dan makrifat roh. Ada darjat
kebahagiaan yang boleh dialami oleh pancaindera dengan memasuki syurga dan ada
darjat kecelakaan yang boleh dialami oleh pancaindera diperolehi dengan
memasuki Jahannam dan darjat ilmu secara kerohanian. Tajuk ini berdasarkan
empat isu. Persoalan pertama ialah bentuk; keduanya roh; ketiga ialah
penyuburan; dan keempat ialah darjat, iaitu penghujung. Setiap persoalan ini
ada dua bahagian, jadi semuanya menjadi lapan. Mereka adalah penanggung Arasy,
iaitu apabila yang lapan itu hadir, kerajaan pun didirikan dan muncul, lalu
Raja bersemayam di atasnya. [Badan yang bercahaya dan Malaikat Utama] Persoalan
pertama menyentuh bentuk dan ia mempunyai dua bahagian: bentuk tubuh beranasir
yang mengandungi bentuk tubuh khayali, dan bahagian lain ialah tubuh fizikal
yang bercahaya. Kita mulakan dengan tubuh yang bercahaya. Tubuh-tubuh pertama
yang Allah jadikan adalah tubuh roh kemalaikatan bergerak dengan cinta dalam
keagungan Allah. Ia termasuklah Akal Awal dan Diri Sejagat (Universal) dan
tubuh yang bercahaya, diciptakan daripada cahaya keagungan berakhir di sana.
Tidak ada daripada malaikat ini yang diciptakan melalui cara lain kecuali melalui
Diri (an-Nafs) yang di bawah Akal. Setiap malaikat yang diciptakan selepas
malaikat-malaikat ini adalah dibawah taklukan alam semulajadi. Mereka adalah
daripada keturunan sfera-sfera yang daripadanya mereka diciptakan dan padanya
mereka menghuni. Ia sama juga dengan malaikat anasir. Malaikat darjat terakhir
ialah yang diciptakan daripada amalan dan nafas ahli ibadat. Kami akan
nyatakannya sedarjat demi sedarjat dalam tajuk ini, Insya' Allah. Ketahuilah
bahawa telah ada Allah sebelum Dia ciptakan makhluk dan di sana tidak ada masa
sebelumnya. Itu adalah ungkapan secara 'ada-hubungan' yang menunjukkan
perhubungan yang melaluinya matlamat dicapai pada pendengar. Allah berada di
dalam 'ama' yang di bawah dan di atasnya tidak ada udara. Ia adalah kenyataan
Ilahi yang pertama muncul yang dalamnya mengalir cahaya Zat, seperti dijelaskan
oleh firman-Nya, "Allah adalah cahaya langit dan bumi" (24:35). Bila
'ama' itu diwarnai oleh cahaya, Dia bukakan dalamnya rupa malaikat yang
terpukau oleh kecintaan yang di atas daripada badan alam semulajadi. Tidak ada
singgahsana atau malaikat yang mendahului mereka. Bila Dia bawa mereka kepada
kewujudan, Dia berikan mereka kenyataan. Kenyataan itu menjadi tidak kelihatan
kepada mereka, dan yang tidak kelihatan itu menjadi roh mereka, iaitu bagi
rupa-bentuk itu. Dia berikan kepada mereka kenyataan dalam Nama-Nya, Yang Maha
Indah, lalu mereka kehairanan dan kebingungan dengan kecintaan dalam keagungan
keindahan-Nya, dan mereka tidak pulih daripadanya. [Akal Awal adalah Paksi bagi
Alam Catatan dan Rakaman] Bila Allah berkehendak menciptakan alam catatan dan
penulisan, Dia khususkan salah seorang daripada malaikat Karubiyun. Ia adalah
malaikat pertama daripada cahaya itu yang dinamakan Akal dan Qalam. Ia
dikurniakan tajalli dalam tempat di mana ilmu yang dikurniakan menyata menurut
kewujudan yang Dia kehendaki terhadap makhluk-Nya, bukan untuk akhiran dan
batasan. Dengan zatnya, Akal menerima apa yang sepatutnya dan Nama-nama Ilahi
yang yang inginkan kemunculan alam ciptaan. Daripada Akal ini muncul kewujudan
lain yang dipanggil Loh. Dia perintahkan Qalam agar turun kepadanya dan
mengamanahkan kepadanya hanya apa yang akan berlaku sehingga Hari Kebangkitan.
Dia kurniakan kepada Qalam 360 tahun penulisan, iaitu menjadi Qalam. Bermula
daripada ia menjadi qalam, Allah kurniakan kepadanya 360 tajalli atau raqa'iq
(berus). Setiap tahun atau raqa'iq mengeluarkan 360 jenis ilmu yang lengkap,
dan Qalam memperincikannya dalam Loh. Ini meliputi ilmu mengenai alam semesta
sehingga Hari Kebangkitan. Loh mengetahuinya apabila Qalam menyerahkan
pengetahuan itu kepadanya. Ini adalah sebahagian daripada alam semulajadi, dan
ia adalah ilmu pertama yang Loh terima mengenai ilmu yang bersangkutan dengan
apa yang Allah kehendaki pada makhluk-Nya. Ini adalah lebih tepat dikira
sebagai semulajadi daripada diri. Semua itu berada di dalam alam cahaya yang
murni. [Arasy dan malaikat yang menghuninya] Kemudian Allah bawa kepada
kewujudan kegelapan yang murni yang bertentangan dengan cahaya ini, yang berada
dalam keadaan ketiadaan yang menyeluruh bertentangan dengan kewujudan yang
menyeluruh. Bila Dia membawanya kepada kewujudan, cahaya itu mengalir ke
atasanya dengan pengaliran keluar yang perlu dengan bantuan semulajadi. Maka
cahaya memperbaiki keadaannya yang berselerakan dan badan muncul yang
ditunjukkan sebagai Arasy. Kemudian nama ar-Rahman bersemayam di atasnya dengan
nama, Kenyataan Zahir. Itu adalah kemunculan yang pertama bagi alam ciptaan.
Daripada cahaya yang bercampur itu, yang seumpama cuaca subuh, Dia ciptakan
malaikat yang mengelilingi Singgahsana itu. Inilah firman-Nya, "Kamu akan
lihat malaikat mengelilingi Arasy sambil membesar dan memuji Tuhan mereka"
(39:75). Mereka tidak mempunyai tugas lain kecuali mengelilingi Arasy, membesar
dan memuji-Nya. Kami telah terangkan tentang penciptaan alam maya dalam buku
kami, 'Uqla al-Mustawfiz. Kami gunakan prinsip berkenaan dalam tajuk ini.
[Kursi dan malaikat yang mendiaminya] Kemudian Dia bawakan Kursi ke dalam
kewujudan Arasy ini dan meletakkan padanya malaikat yang dari jenisnya. Setiap
sfera merupakan asas penghuninya yang diciptakan di dalamnya sama seperti
anasir yang daripadanya penghuninya diciptakan. Adam diciptakan daripada tanah
maka keturunannya menghuni bumi. Dalam Kursi yang mulia ini, Perkataan dibahagikan
kepada rakaman dan pengadilan: ini adalah dua kaki yang turun daripada Arasy
sebagaimana dinyatakan oleh hadis. Kemudian di dalam Kursi itu Allah ciptakan
sfera-sfera, satu di dalam yang lain. Dalam setiap sfera Dia ciptakan alam
daripadanya yang mereka diami, yang dinamakan malaikat iaitu utusan. Dia
hiaskan sfera-sfera dengan bintang-bintang, dan mengilhamkan kepada setiap
langit dengan perintah-Nya sehingga Dia ciptakan bentuk benda-benda
(muwalladat). [Roh bentuk yang bercahaya, bentuk khayali dan bentuk anasir]
Bila Allah lengkapkan bentuk-bentuk yang bercahaya dan anasir ini yang tidak
mempunyai roh yang tidak kelihatan oleh bentuk-bentuk tersebut, Dia kurniakan
kenyataan kepada setiap golongan bentuk-bentuk tersebut menurut asas
masing-masing. Roh bentuk-bentuk itu muncul daripada bentuk-bentuk tersebut dan
daripada tajalli. Ini merupakan persoalan kedua. Allah ciptakan roh-roh dan
perintahkan mereka menguruskan bentuk-bentuk tersebut dan Dia jadikan mereka
ghaib, zat yang satu tetapi dijadikan berbeza di antara satu sama lain. Mereka
berbeza menurut bentuk yang mereka terima daripada tajalli itu. Bentuk-bentuk
itu bukanlah kepunyaan roh-roh secara kenyataannya menurut "di mana
berada". Bentuk-bentuk ini dimiliki oleh roh-roh sebagai kerajaan berhubung
dengan bentuk anasir, dan seumpama tempat menyatakan berhubung dengan semua
bentuk-bentuk. Kemudian Allah hasilkan bentuk khayali fizikal melalui tajalli
lain di antara lataif (yang seni) dan bentuk, dan bentuk bercahaya dan menyala
muncul kepada pandangan dalam tubuh fiikal itu. Bentuk yang dapat ditangkap
oleh pancaindera yang menyata itu membawa bentuk maksud dalam bentuk fizikal
ini di dalam tidur, selepas kematian dan sebelum dibangkitkan - ia adalah
bentuk di antara ruang (barzakh). Ia adalah tanduk cahaya yang atasnya luas dan
bawahnya sempit. Bahagian tertingginya ialah 'ama' dan bahagian terendahnya
ialah bumi. Badan-badan bagi bentuk ini yang mana jin, malaikat dan bahagian
batin manusia muncul adalah arah ke luar semasa tidur dan bentuk-bentuk Taman
Syurga. Bentuk inilah yang menghuni bumi khayali yang sudah kami katakan dalam
tajuk yang sesuai ini. [Penyuburan roh-roh dan penyuburan bentuk-bentuk]
Kemudian Allah tentukan penyuburan bagi bentuk-bentuk dan roh-roh ini. Ia
termasuk dalam persoalan ketiga. Mereka hidup dengan penyuburan itu. Ia
mengandungi penyuburan pancaindera dan penyuburan maksud. Penyuburan maksud
adalah penyuburan ilmu pengetahuan, tajalliyat dan hal-hal (ahwal) atau
suasana. Penyuburan pancaindera sudah diketahui umum. Ia adalah apa yang
bentuk-bentuk itu makan dan minum yang membawakan maksud kerohanian, iaitu
bakat-bakat. Setiap bentuk, samada yang bercahaya, haiwan atau fizikal,
disuburkan oleh apa yang sesuai dengannya. Ia mengambil tempat yang panjang
untuk diperincikan di sini. [Darjat alam dalam kebahagiaan dan kecelakaan]
Kemudian Allah kurniakan kepada setiap alam darjat dalam kebahagiaan dan
kecelakaan dan satu setesen; dan perinciannya tidak terhitung. Kebahagiaannya
menurutnya: sebahagiannya kebahagiaan nafsu, kebahagiaan kesempurnaan,
kebahagiaan kerana dipenuhi, dan kebahagiaan tempat, iaitu Syariat. Kecelakaan
adalah seperti itu dalam pembahagian apa yang tidak disetujui oleh nafsu,
kesempurnaan, kelakuan (iaitu tidak dipenuhi), dan bukan Syariat. Semua itu boleh
ditangkap oleh pancaindera dan akal. Bahagiannya yang ditangkap oleh
pancaindera berkait dengan Kediaman kecelakaan, kesakitan pada dunia ini dan
alam kemudian, dan berkait dengan Kediaman kebahagiaan bagi kesenangan dalam
dunia ini dan alam kemudian. Sebahagiannya murni dan sebahagiannya bercampur.
Yang murni berhubung dengan Alam Kemudian. Yang bercampur berhubung dengan
Kediaman sekarang. Jadi yang bahagia mungkin muncul dalam bentuk yang celaka
dan yang celaka mungkin muncul dalam bentuk bahagia sementara mereka akan
menjadi jelas berbeza pada Kediaman Kemudian. Boleh jadi yang celaka menyatakan
kecelakaannya dalam dunia ini dan ia berhubung dengan kecelakaan di Alam
Kemudian. Begitu juga dengan keadaan bahagia. Walau bagaimanapun, mereka tidak
diketahui dalam dunia ini, tetapi mereka menjadi jelas dalam Alam Kemudian:
"Sekarang asingkan diri-diri kamu, wahai mereka yang berdosa, pada hari
ini!" (35:59). Jadi darjat dihubungkan dengan orang berkenaan dengan
hubungan yang tidak akan putus ataupun berubah. [Penanggung Arasy dalam alam
ini dan alam kemudian] Jadi maksud lapan, iaitu jumlah kerajaan ditunjukkan
oleh Arasy, sudah dijelaskan kepada kamu. Ini adalah persoalan keempat. Maksud
lapan sudah jelas bagi kamu. Lapan ini kepunyaan lapan asbab Ilahi yang
melaluinya Allah diceritakan. Mereka ialah: kehidupan, pengetahuan, kuasa,
kehendak, pertuturan, pendengaran, penglihatan, dan kesempurnaan kecapan, bau
dan rasa dengan sifat yang berhubung dengannya. Pengertian ini mengenai mereka
ada hubungan, seperti pendengaran menyaksikan benda-benda yang didengar dan
penglihatan menyaksikan benda-benda yang dilihat. Jadi kerajaan itu terkandung
di dalam lapan. Empat daripadanya menyata dalam alam ini: bentuk, makanan dan
dua darjat itu. Pada Hari Kebangkitan, kesemua yang lapan itu akan kelihatan
pada pandangan. Allah berfirman, "Pada hari itu lapan akan menangung di
atas mereka Arasy Tuhan kamu" (69:17). Rasulullah s.a.w bersabda,
"Kini mereka berempat". Inilah penjelasan mengenai Arasy sebagai
Kerajaan. Bagi Arasy, iaitu singgahsana, ia kepunyaan Allah dan
malaikat-malaikat membawanya di atas belakang mereka. Hari ini mereka berempat,
dan esok mereka berlapan berhubung dengan tanggungan di bumi yang dikumpulkan.
Ia berhubung dengan empat yang menanggungnya kira-kira menyamai apa yang Ibn
Masarra katakan. Dikatakan satunya mempunyai rupa manusia, satu singa, satu
helang dan keempatnya lembu. Itulah yang dilihat dan dikhayalkan oleh Samiri
sebagai Tuhan Musa. Jadi dia bina anak lembu untuk kaumnya dan berkata, "Inilah
Tuhan kamu dan Tuhan Musa" (20:88), menurut kisahnya. Allah menceritakan
yang benar dan memimpin ke jalan yang benar. Posted by alif braja at 4:03 AM No
comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to
Pinterest Links to this post Labels: Futuhat Al Makiyyah Reactions: Kewujudan
makhluk rohani أشهد أن لا اله الا الله و أشهد أن محمدا
رسول الله [Kewujudan makhluk
rohani yang diciptakan daripada api yang tiada asap (jin)] Dia campurkan api
dan tumbuh-tumbuhan, maka bentuk jin dijadikan sebagai ruang di antara dua
keadaan. Ia adalah di antara roh yang berjasad dengan tempat yang dalam dan roh
yang tiada "di mana". Yang menerima jasad mencari makanan untuk
pembesaran tanpa kepalsuan, Dan yang menerima malaikat-malaikat, menerima hati
bagi mengambil bentuk dalam keasliannya. Kerana sebab ini, ia mentaati pada
satu ketika dan menentang pada ketika lain Dia akan balas mereka yang tidak
taat dengan dua api. [Penciptaan Jin, malaikat dan manusia] Allah berfirman,
"Dia ciptakan jin daripada pucuk api yang tiada asap" (55:14). Hadis
menceritakan, "Allah ciptakan malaikat daripada nur, dan Allah ciptakan
jin daripada api, dan Dia ciptakan manusia daripada apa yang telah dikhabarkan
kepada kamu". Apa yang Rasulullah s.a.w katakan mengenai ciptaan manusia
"seperti yang telah diceritakan kepada kamu", baginda memberi
ketegasan dan tidak menjelaskannya seperti yang baginda lakukan pada
menceritakan ciptaan malaikat dan jin. Rasulullah s.a.w "diberikan segala
perkataan". Ini adalah sebahagian daripadanya. Asas ciptaan malaikat dan
jin tidak berubah. Asas ciptaan manusia berubah kerana ada empat kategori
kejadian manusia. Kejadian Adam tidak menyerupai kejadian Hawa. Kejadian Hawa
tidak meneyrupai kejadian keturunan Adam yang lain. Kejadian Isa tidak menyerupai
yang lain. Di sini Rasulullah s.a.w memberi penjelasan. Baginda menyampaikan
kepada kita perincian kejadian manusia. Adam diciptakan daripada tanah liat,
Hawa daripada tulang rusuk, Isa daripada tiupan Roh, keturunan Adam daripada
"air yang hanyir" (77:20). [Konsep perkaitan langit dan bumi] Bila
Allah dirikan empat anasir asas dan asap naik ke bahagian bawah Sfera
Bintang-bintang Yang Tetap, tujuh langit dibentangkan di dalam asap itu, setiap
satu berpisah daripada yang lain. Dia "bukakan pada setiap langit
ketentuannya" selepas "Dia adakan dalamnya rezekinya" dan semua
ini "dalam empat hari". Kemduian Dia berfirman, "kepada langit
dan bumi: Datanglah dengan rela atau terpaksa". (41:9-11). Kemudian Allah
adakan perkaitan di antara langit dan bumi dan arah yang dengannya Dia
berkehendak mengadakan benda-benda di bumi dalam bentuk bahan galian,
tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Dia jadikan bumi seumpama isteri dan langit
seumpama suami. Langit menyalurkan perintah Allah kepada bumi sebagaimana suami
memindahkan air mani kepada isterinya. Dengan demikian bumi membawa keluar
jenis-jenis pembentukan yang Allah sembunyikan di dalamnya. [Empat anasir dan
pembentukan manusia dan jin] Bila udara dinyalakan dan dipanaskan, ia membakar
seperti pelita. Pembakaran api itu adalah nyalaan udara dan ianya tidak berasap
(marj, bercampur-aduk) kerana ia bercampur dengan udara dan adalah udara yang
terbakar. Marj adalah campuran dan daripada ini yang tidak berasap itu adalah
marj kerana tumbuh-tumbuhan bercampur di dalamnya. Jin adalah campuran dua
anasir iaitu api dan udara, sebagaimana manusia merupakan campuran dua anasir
iaitu air dan tanah diuli bersama yang menjadikannya tanah liat. Begitu juga
campuran udara dan api dinamakan 'api yang tidak berasap'. Allah ciptakan bentuk
jin dalam api yang tidak berasap itu. Oleh kerana anasir udara ada dengan jin,
maka jin boleh mengambil berbagai-bagai bentuk yang mereka mahu. Oleh kerana
ada anasir api dengannya maka ia menjadi tidak nyata dan seni, dan mereka
mencari kekuasaan, kemegahan dan kekuatan kerana api merupakan bahagian yang
paling tinggi dalam anasir-anasir itu dan ia mempunyai pengaruh yang kuat untuk
menukarkan sesuatu sebagaimana hukum alam kehendaki. Inilah sebabnya jin iblis
menyombong dan enggan sujud kepada Adam bila Allah memerintahkannya berbuat
demikian lantaran pandangannya yang tinggi terhadap dirinya. Dia berkata,
"Aku lebih baik daripadanya" (7:12), bermaksud menurut dasar bahawa
Allah lebih menyukai api daripada anasir-anasir yang lain. Jin tidak tahu
bahawa anasir air yang daripadanya Adam diciptakan lebih kuat daripada api
kerana air boleh memadamkan api dan tanah adalah lebih teguh daripada api
melalui kesejukan dan kekeringan. Adam memiliki kekuatan dan kemantapan melalui
penguasaan dua anasir tersebut yang Allah jadikannya. Walaupun dia juga
memiliki anasir-anasir yang lain - udara dan api, anasir tersebut tidak ada
kekuasaan atasnya. Jin juga memiliki anasir-anasir selebihnya.... Adam
dikurniakan sifat rendah diri berdasarkan sifat tanah yang ada dengannya. Bila
dia menjadi megah, itu hanyalah yang datang kemudian (bukan sifat
semulajadinya). Dia menerima sifat tersebut kerana anasir api yang ada
dengannya sebagaimana imaginasi dan keadaannya menerima berbagai-bagai suasana
kerana anasir udara dengannya. Jin bersifat menyombong kerana sifat api yang
ada dengannya. Jika mereka merendah diri, itu adalah yang datang kemudian
(bukan sifat asli), ia boleh datang kerana anasir tanah yang ada dengannya.
Mereka juga menerima ketetapan dalam menggunakan tipu daya jika mereka syaitan,
dan menerima ketetapan untuk berbuat taat jika mereka bukan syaitan. [Keadaan
jin bila surah ar-Rahman (surah 55 dalam Quran) dibacakan] Bila Rasulullah
s.a.w membacakan surah ar-Rahman kepada para sahabat baginda, baginda bersabda,
"Aku membacakannya kepada kumpulan jin. Mereka mendengarkannya lebih baik
daripada kamu. Bila aku katakan,'Nikmat Tuhan kamu yang manakan kamu nafikan?'
mereka melafazkan,'kami tidak nafikan sebarang nikmat Tuhan kami!' Ia
meneguhkan mereka dan tidak menggeletar bila dibacakan,'Nikmat Tuhan kamu yang
manakah kamu nafikan?' dalam bacaannya. Ini adalah cetusan sifat jin yang
keluar daripada aanasir tanah dan air yang memadamkan nyalaan api. Sebahagian
daripada mereka adalah taat kepada Allah dan sebahagiannya menderhaka, seperti
manusia: tetapi mereka boleh mengambil berbagai-bagai bentuk seperti malaikat.
[Bentuk asasnya ialah rohani] Allah jadikan mereka tidak kelihatan kepada
pandangan manusia melainkan bila Allah angkatkan tutupan kepada orang-orang
tertentu untuk mereka melihatnya. Oleh kerana jin tidak nyata dan seni, mereka
boleh mengambil apa juga bentuk yang boleh dicapai oleh pancaindera menurut
kemahuan mereka. Bentuk asasnya ialah kerohanian yang merupakan bentuk pertama
yang diterima oleh jin pertama tatkala Allah membawanya kepada kewujudan.
Kemudian ia mengambil berbagi-bagai bentuk menurut apa yang Allah kehendaki.
Jika Allah bukakan pandangan kita sehingga kita dapat melihat bentuk-bentuk
yang dapat disaksikan pancaindera melalui khayal, maka pada masa yang berlainan
kamu akan dapat melihat manusia dalam berbagai-bagai bentuk yang tidak serupa
antara satu sam alain. [Pembiakan jin dan manusia] Kemudian Allah tiupkan roh
ke dalam nyalaan api yang bergolak lantaran keadaannya yang tidak pejal itu.
Tiupan menambahkana pergolakan tersebut dan udara menguasainya dan ia tidak
tinggal dalama keadaan yang sama. Alam jin muncul dalam bentuk demikian.
Sebagaimana persetubuhan berlaku dalam kehidupan manusia secara memasukkan air
ke dalam kandungan lalu menghasilkan pembiakan dan kelahiran dalam bangsa Adam
yang fana, begitu juga dengan pembiakan berlaku pada jin secara memindahkan
udara ke dalam kandungan perempuan dan pembiakan serta kelahiran berlaku pada
jin. Mereka keluar melalui Sagittarius dan keadaannya yang berapi-api. Ini
telah diceritakan oleh orang yang telah sampai - semoga Allah melindunginya!
[Tempuh di antara penciptaan jin dan penciptaan manusia] Tempuh di antara
penciptaan Jann (jin pertama) dengan penciptaan Adam ialah 60,000 tahun. Ini
adalah perlu menurut dakwaan sesetengah orang bahawa kelahiran jin berakhir
selepas 4,000 tahun dan kelahiran manusia berakhir selepas 7,000 tahun. Walau
bagaimanapun, ianya tidak berlaku berdasarkan yang demikian. Ianya akan berlaku
menurut kehendak Allah. Jin masih membiak dan akan terus membiak. Jadi bilakah
manusia bermula, berapa tahun pembiakannya yang masih tinggal, berapa lama
lagikah sebelum berakhirnya dunia ini dan bangsa manusia terhapus dari muka
bumi ini dan mereka dipindahkan ke Alam Kemudian? Ini bukanlah pegangan mereka
yang kukuh dalam ilmu. Ia dikatakan oleh sebilangan kecil sahaja dan tidak akan
diulangi. [Jin adalah ruang di antara malaikat dengan manusia] Malaikat adalah
roh yang ditiupkan ke dalam nur (cahaya). Jin adalah roh yang ditiupkan ke dalam
angin. Manusia adalah roh yang ditiupkan ke dalam bentuk. Ada yang mengatakan
bahawa yang perempuan tidak berpisah daripada jin yang mula-mula wujud, seperti
Hawa berpisah daripada Adam. Salah seorang daripada mereka mengatakan Allah
ciptakan anggota pada jin pertama, maka satu bahagiannya bersetubuh dengan
bahagiannya yang lain dan keturunannya dilahirkan seperti keturunan Adam
dilahirkan: lelaki dan perempuan berkahwin. Jadi sifat jin ialah memiliki
kedua-dua jantina. Oleh kerana itu jin merupakan sebahagian daripada ruang di
antara: mereka menyerupai manusia dan menyerupai malaikat kerana kedua-dua
jantina menyerupai lelaki dan perempuan. [Makanan dan perkahwinan jin] Anasir
udara dan api menguasai kejadian jin. Oleh kerana itu makanannya ialah apa yang
di bawa oleh udara iaitu lemak di dalam tulang. Allah jadikan persediaan ini
dalam mereka. Jadi kita dapati bahawa tulang dan dagingnya tidak berkurangan
sama sekali dan kita tahu bahawa Allah berikan kepada mereka zat dalam tulang
itu. Inilah yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w mengenai tulang, "Tulang
adalah makanan saudara kamu dari golongan jin". Dalam satu hadis,
"Allah taruhkan zat pemakanan mereka di dalamnya". Orang yang hal ini
dibukakan kepadanya menceritakan kepada kami dia telah melihat jin mendapatkan
tulang dan menghidunya seperti haiwan menghidu mangsanya. Kemudian mereka pergi
sesudah mengambil makanannya. Makanannya diambil melalui penghiduan itu. Segala
puji bagi Yang Maha Lemah-lembut (al-Latiff) dan Yang Maha Mengerti! Bagi
penyatuan mereka dalam perkahwinan, ia dalam bentuk berpusing - seperti apa
yang kelihatan pada asap yang keluar dari tempat bakaran. Asap itu
bercampur-gaul dan setiap individu jin itu menikmati kemasukan yang
berbalas-balasan itu. Pancutan maninya seperti biji palma dan dalam bentuk bau
yang asli, sama seperti makanannya. [Puak dan kumpulan jin] Mereka berpuak-puak
dan berkumpulan. Dikatakan mereka tergolong kepada dua belas puak dan kemudian
bercabang kepada puak-puak yang lebih kecil. Biasa berlaku peperangan besar di
antara mereka, dan sebahagian daripada angin puting beliung adalah sebenarnya
di tengah-tengah pertempuran mereka. Puting beliung itu merupakan perlawanan
yang berbalas-balasan di antara dua angin yang bertentangan, masing-masing
menghalang yang satu lagi daripada melepasi. Jadi penahanan itu membawa kepada
bulatan yang dapat disaksikan oleh mata sebagai debu yang nyata yang merupakan
kesan kepada perlawanan dua angin itu. Pertempuran mereka adalah seperti itu,
tetapi bukanlah pula setiap puting beliung itu pertempuran mereka. Kisah jin
'Amr merupakan kisah yang terkenal. Ia terbunuh di dalam puting beliung yang
kelihatan. Ia pecah daripadanya ketika ia hampir mati. Ia tidak mengambil masa
yang lama untuk mati. Ia adalah jin yang salih. Jika asas buku ini adalah untuk
menceritakan sejarah dan budaya kami tentu ceritakan sebahagian daripadanya,
tetapi buku ini adalah mengenai maksud ilmu pengetahuan. Kamu boleh mencari
ceritanya pada tempat yang lain, dalam buku sejarah dan puisi. [Cara alam
makhluk rohani muncul dalam rupa bentuk] Bila alam rohani mengambil bentuk dan
muncul dalam bentuk yang boleh ditangkap oleh pancaindera, mata mengurung
makhluk rohani itu kerana makhluk rohani itu tidak dapat melepaskan bentuk yang
ia muncul itu kerana mata terus melihat kepadanya walaupun yang melihat itu
ialah manusia. Bila mata manusia jelas mengenai makhluk rohani itu, ia tidak
mempunyai tempat untuk menghilangkan diri, maka makhluk rohani itu menjelmakan
bentuk yang ia gunakan untuk menutupi dirinya. Kemudian makhluk rohani itu
membuat manusia mengkhayalkan yang bentuk itu telah meninggalkannya pada satu
arah, lalu mata mengikuti arah tersebut. Bila mata mengikutinya, makhluk rohani
itu meninggalkan kurungan mata tadi dan menghilang. Bila ia menghilang, bentuk
itu hilang dari pandangan orang yang sedang memandang kepadanya dan
mengikutinya dengan pandangannya. Dalam hubungan dengan makhluk rohani itu,
bentuk itu adalah umpama cahaya yang di dalam bekas lampu yang cahayanya
dihamburkan di penjuru-penjuru. Bila badan lampu itu tiada cahaya pun hilang.
Beginilah keadaan bentuk itu. Jika seseorang mengetahui hal ini, dan mahu
mengurung makhluk rohani itu, dia tidak harus mengikuti makhluk rohani itu
dengan matanya. Ini adalah salah satu rahsia Ilahi yang hanya diketahui oleh
mereka yang mendapat petunjuk Allah. Bentuk itu tidak lain daripada makhluk
rohani itu. Sebenarnya ia adalah sama, sekalipun ia berada pada seribu tempat,
atau pada setiap tempat, dengan bentuk yang berlainan. Andaikata salah satu
bentuk itu dibunuh dan kelihatan mati, makhluk rohani itu meninggalkan
kehidupan dunia ini dan pergi ke ruang antara sebagaimana kita pergi apabila
kita meninggal. Tidak ada maklumat mengenainya tinggal di dalam dunia ini,
seperti keadaan kita juga. Bentuk yang boleh ditangkap oleh pancaindera yang
diambil oleh makhluk rohani itu dinamakan 'tubuh'. Allah berfirman, "Kami
adakan hanya jasad di atas singgahsananya" (38:34) dan "Kami tidak
berikan kepada mereka tubuh yang tidak memakan makanan" (21:8). Perbezaan
di antara jin dengan malaikat, walaupun secara kerohaniannya mereka serupa,
ialah makanan jin mengandungi makanan yang didapati dalam tubuh asli. Malaikat
tidak demikian. Itulah sebabnya Allah ceritakan tentang tetamu Nabi Ibrahim
a.s, "Bila dia melihat tangan mereka tidak mengambilnya, dia mencurigai
mereka" (11:70), iaitu malaikat tidak menjamah daging panggang dan mereka
tidak memakannya yang membuat Nabi Ibrahim a.s curiga. [Pembentukan alam jin]
Apabila sampai masa dijadikan alam jin, Dia memerintahkan tiga daripada malaikat
yang kepercayaan dalam sfera pertama yang membawa pembantu-pembantu mereka yang
diperlukan untuk tugas ini dari langit kedua. Mereka turun ke langit-langit dan
mengambil dua pembantu dari langit ke dua dan ke enam. Mereka turun ke anasir
dan menyediakan tempat tersebut. Tiga lagi penjaga mengikuti mereka, dan mereka
membawa apa juga pembantu yang diperlukan daripada langit kedua, kemudian turun
ke langit ke tiga, dan daripada sana kepada yang ke lima. Mereka mengambil dua
malaikat. Mereka melalui langit ke enam dan dan mengambil dua pembantu daripada
malaikat. Kemudian mereka turun ke anasir bagi melengkapkan pembentukan itu.
Enam yang lebihnya turun dan mengambil pembantu yang selebihnya di dalam langit
ke dua dan langit-langit. Semuanya dikumpulkan bagi susunan kejadian ini dengan
izin Yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana. Bila kejadian alam jin selesai,
Allah perintahkan roh daripada Alam Pemerintahan dan tiupkan kepada bentuk yang
telah sedia itu dan kehidupan pun mengalir ke dalamnya. Ia pun berdiri
mengucapkan puji-pujian kepada Penciptanya: ini merupakan ketentuan semulajadi
yang Dia aturkan. Terkandung di dalamnya ialah kekuatan dan kebesaran yang
penyebabnya tidak dikenali dan tidak ditemui kerana pada masa itu tidak ada
makhluk lain yang wujud dalam alam semulajadi ini selain ia. Ia beribadat
kepada Tuhannya, memperakui kekuasaan-Nya, merendah diri kepada Tuhannya yang
telah mewujudkannya sebagai satu makhluk sehinggalah Adam diciptakan. Bila jin
ini melihat lembaga Adam, salah seorang daripada mereka yang bernama al-Harith,
dikuasai oleh kebencian kepada lembaga tersebut dan kemarahannya menyala-nyala
tatkala menyaksikan lembaga Adam itu. Puaknya yang lain melihat keadaannya dan
mengkeritiknya lantaran mereka melihat ia bersedih dan berdukacita di atas
kejadian Adam itu. Bila kejadian Adam telah siap, al-Harith menunjukkan apa
yang tersirat dalam dirinya dengan mengingkari perintah Penciptanya supaya
sujud kepada Adam dan ia menjadi angkuh terhadap Adam berbangga dengan asal
usulnya (daripada api yang ia rasakan lebih mulia daripada tanah). Ia gagal
melihat rahsia kekuatan air yang daripadanya Allah jadikan setiap makhluk yang
hidup ini, dan daripadanya juga datangnya kehidupan jin sekalipun ia tidak
menyedarinya. [Penciptaan Adam dan kejadian manusia] Jika kamu terdiri daripada
mereka yang tidak disingkapkan, fikirkanlah tentang firman Allah, "dan
singgahsana-Nya di atas air" (11:7). Jadi, singgahsana dan makhluk di
sekelilingnya memperolehi kehidupan melalui air. "Tidak ada yang tidak
meninggikan puji-pujian terhadap-Nya" (17:44). Dia menggunakan yang
negatif. Hanya yang hidup mengagungkan. Dala satu hadis yang baik Rasulullah
s.a.w bersabda, "Malaikat berkata,'Wahai Tuhan (dalam hadis yang
panjang)!adakah Engkau ciptakan sesuatu yang lebih kuat daripada api?' Dia
menjawab,'Iya, air.'" Jadi, Dia jadikan air lebih kuat daripada api.
Sekiranya anasir udara dalam struktur jin tidak dinyalakan oleh api, maka jin
tentunya menjadi lebih kuat daripada keturunan Adam, kerana udara lebih kuat
daripada air. Dalam hadis ini malaikat bertanya, "Wahai Tuhan, adakah
Engkau ciptakan sesuatu yang lebih kuat daripada api?" Dia menjawab,
"Ya, keturunan Adam." Allah jadikan organisma manusia lebih kuat
daripada udara. Air lebih kuat daripada api, dan ia merupakan anasir utama
dalam manusia sebagaimana api menjadi anasir utama dalam jin. Inilah sebabnya
Allah katakan tentang syaitan, "Sesungguhnya tipu daya syaitan itu
lemah" (4:76). Ia tidak menganggap berkekuatan terhadapnya sama sekali. Ia
tidak menafikannya kepada Gobernor Mesir tatkala ia bertkata,
"sesungguhnya tipu daya kamu kuat" (12:27)... Sebab bagi yang
demikian ialah organisma manusia memiliki kesesuaian untuk melahirkan sikap
berhati-hati, keteguhan hati, bertafakur dan berfikir lantaran pengaruh anasir
tanah dan air dalam sifat manusia. Jadi manusia memiliki akal yang lebih kerana
tanah memegangnya dan menahannya sementara air menjadikannya lemah-lembut dan
mudah. Jin tidak demikian. Akal jin tidak memiliki yang demikian yang boleh
membuatnya berpegang kepada sesuatu sebagaimana manusia boleh lakukan. Sebab
itu kita katakan, "Si anu 'ringan' akalnya dan 'malap' fikirannya"
bila dia berkelakuan bodoh dan dungu! Ini merupakan sifat jin, dan dengannya
jin sesat daripada jalan petunjuk kerana sifat aslinya yang dungu dan kurang
kecerdasannya dalam berfikir. Jadi ia berkata, "Aku lebih mulia
daripadanya" (7:12) dan menggabungkan kejahilan dan akhlak yang buruk
kerana sifat dungunya. [Syaitan pertama dari golongan jin] Mana-mana jin yang
derhaka adalah syaitan, iaitu yang tercampak jauh daripada rahmat Allah.
Al-Harith adalah jin pertama yang dipanggil syaitan. Allah menghalaunya dalam
keadaan putus asa, iaitu menghalaunya keluar dari rahmat-Nya dan mengharamkan
rahmat ke atasnya. Daripadanya cabang-cabang syaitan muncul. Mana-mana jin yang
beriman, seperti Hama ibn Alham ibn Laqis ibn Iblis, bergabung dengan jin yang
beriman. Mana-mana yang tinggal dalam keingkaran adalah syaitan. Ia hanya
merupakan sedikit perselisihan pendapat di kalangan ulama Syariat. Ada yang mengatakan
syaitan tidak pernah tunduk, berpandukan daripada apa yang Rasulullah s.a.w
katakan tentang syaitan yang menjadi sahabatnya, "Allah berikan daku
kekuatan ke atasnya maka dia tunduk (aslama)." Mereka yang mentafsirkan
baginda sebagai berkata "aslamu" mengambil kefahaman "Daku
selamat daripadanya" dan ia tidak mempunyai jalan ke atasku. Jadi,
terjemahannya berbeza. Jika ia diterjemahkan sebagai "aslama" maka ia
tunduk. Ia bermakna ia tunduk walaupun ia menjadi musuh maka ia tidak
menyuruhku melainkan kepada kebaikan, dipaksakan berbuat demikian oleh Allah
dan sebagai perlindungan kepada Rasulullah s.a.w. Yang bertentangan berkata
bahawa "aslama" bermakna bahawa ia percaya kepada Allah seperti yang
tidak percaya bertukar menjadi Muslim dan beriman. Ini adalah lebih tepat dan
diterima. [Iblis adalah jin celaka yang pertama] Kebanyakan orang berpendapat
al-Harith adalah jin yang pertama, dan ia merupakan jin yang sama kedudukannya
dengan jin-jin yang lain seperti umat manusia dengan Adam. Kami tidak berpendapat
demikian. Al-Harith adalah salah satu daripada jin, tetapi yang menyamai
seperti kedudukan Adam bagi umat manusia adalah jin yang lain. Inilah sebabnya
Allah berfirman, "Iblis adalah salah satu jin" (18:50), iaitu ia
adalah dalam kategori penciptaan ini. Sama juga Qabil adalah salah seorang
manusia, tetapi Allah catitkannya di kalangan yang celaka. Dia adalah yang
pertama dari kalangan manusia yang celaka, dan iblis adalah yang pertama yang
celaka di kalangan jin. Kebanyakan seksaan bagi syaitan bangsa jin di dalam
neraka ialah dengan kesejukan yang amat sangat, bukan dengan kepanasan,
walaupun mereka mungkin diseksa dengan api. Kebanyakan seksaan untuk keturunan
Adam ialah dengan api. Satu hari aku berjumpa dengan seorang wali yang meracau.
Dia menangis dan berkata kepada orang ramai, "Jangan berhenti dengan
perkataan-Nya, 'Aku akan penuhkan Jahannam dengan kamu'" (38:85) dan
memaksudkannya dengan iblis sahaja. Perhatikan bagaiamana Dia menyampaikan
kepada kamu secara tidak langsung bila Dia berfirman, '...jahannam dengan
kamu.' Iblis dijadikan daripada api maka dia kembali kepada asal usulnya -
semoga Allah melaknatinya! Jika iblis diseksa dengannya, seksaan bagi periuk
belangan dengan api adalah lebih lagi, maka ambillah perhatian! Bila Jahannam disebutkan,
wali ini hanya memikirkan api secara khusus, dan lupa akan kenyataan bahawa
Jahannam adalah nama bagi kedua-duanya iaitu panas yang bersangatan dan sejuk
yang bersangatan. Ia dipanggil jahannam kerana rupanya yang masam (jahama.
Jahuma bermakna 'memiliki rupa yang hodoh') kerana rupanya yang menimbulkan
rasa kebencian. Jaham adalah perkataan bagi awan yang sudahpun mencurahkan air
yang dikandungnya. Hujan yang lebat merupakan rahmat Allah. Bila Allah sudah
mengeluarkan hujan daripada awan, maka nama jaham digunakan baginya kerana
rahmat iaitu hujan yang lebat sudah tiada lagi. Begitu juga, Allah telah
menghilangkan rahmat daripada Jahannam yang dibenci menurut pandangan dan
lapuran. Ia dinamakan Jahannam kerana ia terlalu dalam. Ada yang mengatakan,
"sedalam Jahannam" bila menyatakan sesuatu yang sangat dalam. Kita
bermohon kepada Allah Yang Maha Besar agar dikurniakan kepada kita dan sekalian
orang yang beriman keselamatan daripadanya! Posted by alif braja at 4:01 AM No
comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to
Pinterest Links to this post Labels: Futuhat Al Makiyyah Reactions: Permulaan
Jasad Manusia أشهد أن لا اله الا الله و أشهد أن محمدا
رسول الله Permulaan Jasad
Manusia [Yang pertama muncul kepada kewujudan dalam Alam Besar dan kumpulan
terakhir yang dikeluarkan] Hakikat dalaman manusia tumbuh menjadi kerajaan
dengan kekuasaan yang nyata Kemudian zatnya bersemayam di atas singgahsana Adam
sebagaimana Arasy diduduki oleh Yang Maha Pemurah. Hakikat jasadnya muncul dalam
bentuk asalnya, dan kerajaan bagi kewujudan kedua lengkap dengannya. Pengenalan
ilmunya lahir dalam kenyataannya di kalangan yang mulia dan yang membenci Maka
mimpinya menjadi remeh-temeh lantaran pengetahuannya dan syaitan yang direjam
menjadi bangga. Mereka mencari kehampiran Allah dalam Malakut-Nya tetapi
syaitan kecil membawa kesesatan kepada mereka. [Kejadian alam yang didiami]
Ketahuilah! Semoga Allah membantu kamu! - masa didiami alam semulajadi ini yang
dikongkong oleh masa dan dikandung oleh ruang adalah 71,000 tahun yang
diketahui dalam dunia ini. Tempuh masa ini adalah 11 hari daripada hari-hari
nama-nama yang lain. Dan satu dua perlima hari daripada hari-hari Pemilik
Pendakian. Ada berbagai-bagai jenis hari. Allah berfirman, "Dalam satu hari
yang ukurannya 50,000 tahun" (4:70) dan "satu hari pada sisi Tuhan
kamu seumpama 1000 tahun bilangan kamu"(22:47). Hari yang paling singkat
ialah yang diukur melalui pergerakan sfera yang meliputi yang menyata dalam
hari kita 24 jam. Hari yang paling singkat bagi orang Arab, iaitu yang ini,
kepunyaan sfera yang paling besar. Itu adalah kerana pengaruhnya terhadap sfera
di dalamnya kerana pergerakan apa yang di bawahnya pada malam dan siang
pergerakan permukaannya mengheret baki sfera yang diliputinya. [Pergerakan asas
dan pergerakan permukaan sfera] Setiap pergerakan sfera diikuti oleh pergerakan
permukaannya. Setiap sfera di bawahnya ada dua pergerakan pada pergerakan yang
sama: pergerakan asas dan pergerakan permukaan. Setiap pergerakan asas pada
setiap sfera mempunyai hari tertentu berlaku daripada Sfera Yang Meliputi yang
dinyatakan dengan firman-Nya, "menurut kiraan kamu". Semuanya
melintasi Sfera Yang Meliputi. Bilamana ia melintasinya secara keseluruhannya,
harinya menjadi kepunyaannya dan lakarannya berpusing. Hari yang paling singkat
ialah 28 hari "menurut kiraan kamu". Ia adalah ukuran lintasan
pergerakan bulan dalam Sfera Yang Meliputi. Allah dirikan tujuh planet di
langit supaya pandangan manusia boleh menyaksikan lintasan sfera-sfera dalam
Sfera Yang Meliputi "bagi mengetahui bilangan tahun dan hitungan"
(10:5). "Dia tentukannya melalui setesen-setesen supaya kamu mengetahui
bilangan tahun dan hitungan" "Kami akan bezakan segala perkara"
(17:11) "Ia adalah ketentuan Yang maha Berkuasa, Maha Mengetahui"
(6:96). Setiap planet ada hari yang ditentukan yang membezakan mereka di antara
satu sama lain menurut kelajuan pergerakan aslinya atau kecil-besar saiz
sferanya. [Penciptaan Qalam dan Loh Mahfuz] Ketahuilah Allah kemudiannya
menciptakan Qalam dan Loh Mahfuz dan memanggilnya Akal dan Roh. Dia kurniakan
kepada Roh dua sifat: sifat ilmu dan sifat amal atau perbuatan. Dia menjadikan
Akal sebagai pengajar dan menyampaikan secara menggunakan penyaksiannya,
seperti keadaan memotong daripada bentuk pisau tanpa ia mengatakan apa-apa
mengenainya. Allah ciptakan unsur (jauhar) tanpa diri iaitu Roh yang telah
diceritakan yang dipanggil habuk (debu). Ini adalah istilah yang sampai kepada
kita daripada 'Ali ibn Abi Talib. [Penciptaan habuk (haba')] Habuk disebut dalam
bahasa Arab. Allah berfirman, "ia bertaburan seperti habuk" (56:6).
Ia adalah demikian bila 'Ali ibn Abi Talib menyaksikannya, bermakna unsur ini
bertaburan dalam bentuk aslinya, dan tiada bentuk yang terlepas daripadanya
kerana anasir yang dipanggil habuk ini membentukkan bentuk rupa.. Ia ada dengan
setiap bentuk oleh hakikatnya. Ia tidak boleh dipecahkan ataupun dinyatakan
secara pengurangan. Ia seumpama keputihan yang wujud pada setiap benda putih
oleh zatnya dan hakikatnya. Tidak dikatakan ada pengurangan keputihan menurut
kadar benda itu menerima keputihan. Ini menyerupai keadaan unsur ini. [Empat
peringkat di antara Roh dengan Habuk] Allah mengadakan empat tahap di antara
Roh ini yang dinyatakan oleh dua sifat tersebut dan habuk itu. Dia jadikan setiap
peringkat sebagai satu tahap bagi empat malaikat. Dia melantik
malaikat-malaikat ini sebagai penjaga kepada apa yang Dia keluarkan pada alam
di bawah mereka, daripada 'Illiyun' hingga ke "yang paling bawah".
Dia kurniakan kepada setiap malaikat ini pengetahuan yang perlu di bawa ke
dalam alam. Yang pertama Allah bawa kepada kewujudan dalam bentuk asal yang
berhubung dengan ilmu dan pentadbiran malaikat-malaikat ini ialah Badan Sejagat
(Universal). Bentuk pertama yang Allah bukakan dalam badan ini ialah bentuk
sfera (seperti bola) kerana ia adalah bentuk yang terbaik. Kemudian Allah
membawanya kepada kewujudan dengan kesempurnaan gubahan, dan jadikan semua yang
Dia ciptakan di bawah penjagaan malaikat-malaikat ini. Dia amanahkan kepada
mereka urusan berkenaan dalam dunia ini dan juga akhirat dan memeliharanya
daripada melanggar apa yang Dia perintahkan kepada mereka. Dia menceritakan
kepada kita bahawa mereka, "tidak menderhakai Allah pada yang Dia
perintahkan dan mereka melaksanakan apa yang mereka diperintahkan" (66:6).
[Penciptaan benda-benda (muwalladat)] Kemudian Dia selesai menciptakan
bahan-bahan yang tidak bernyawa, tumbuh-tumbuhan dan haiwan pada akhir 71,000
tahun dunia yang kamu hitung dan aturkan dunia ini dalam keadaan yang paling
rapi. Daripada ciptaan yang pertama hinggalah yang terakhir, iaitu haiwan, Dia
tidak menggunakan kedua-dua tangan-Nya dalam ciptaan apa sahaja kecuali
manusia. Manusia adalah bentuk habuk yang berjasad. Segalanya kecuali untuk itu
Dia ciptakan daripada perintah Ilahi atau dengan sebelah tangan. Allah
berfirman, "Apabila Kami berkehendak menjadikan sesuatu Kami hanya katakan
'jadi!(Kun)' maka jadilah ia" (16:40). Ini adalah perintah Ilahi. Dalam
hadis ada mengatakan Allah ciptakan syurga Adn dengan tangan-Nya, menulis Taurat
dengan tangan-Nya, menanam pokok Thuba dengan tangan-Nya dan menciptakan Adam,
iaitu manusia, dengan kedua-dua tangan-Nya. Bagi menunjukkan kemuliaan bagi
Adam, Allah berfirman kepada iblis, "Apa yang menghalang engkau sujud
kepada apa yang Aku ciptakan dengan tangan-tangan-Ku?" (38:75). [Sfera
paling rendah dan Buruj Dua Belas (zodiak)] Bila Allah ciptakan sfera yang
paling rendah, iaitu yang pertama dinyatakan di atas, Dia membahagikannya
kepada 12 bahagian dipanggil "Buruj". Allah berfirman, "dan
langit dengan buruj-buruj" (85:1). Setiap bahagian ada buruj dan
bahagian-bahagian tersebut ada empat suasana. Dia ulangi setiap bahagian
daripada empat bahagian itu pada tiga tempat. Dia jadikan bahagian-bahagian ini
seumpama tempat perhentian dan takungan air di mana pengembara berhenti, dan
dalamnya pelayar yang dalam pelayaran mengembara maka pada perhentian inilah
sampainya perjalanan planet-planet yang melalui mereka. Apa yang Allah adakan
dalam sfera planet-planet ini yang laluannya melalui buruj-buruj tersebut
supaya, melalui lintasan dan perjalanan mereka, diadakan apa yang Dia
berkehendak pada alam anasir dan semulajadi. Dia jadikan mereka sebagai tanda
perjalanan bagi kesan pergerakan sfera buruj-buruj, maka ketahuilah akan yang
demikian! [Alam semulajadi dan empat anasir] Alam semulajadi pada satu bahagian
daripada empat bahagian itu ialah panas dan kering; keduanya sejuk dan kering;
ketiganya panas dan basah; dan keempatnya sejuk dan basah. Dia jadikan bahagian
kelima dan kesembilan seperti bahagian yang pertama, yang keenam dan kesepuluh
seperti yang kedua, yang ketujuh dan kesebelas seperti yang ketiga, dan yang
kelapan dan kedua belas seperti yang keempat dalam keadaan semulajadinya. Jadi
Allah isikan badan semulajadi menurut perbezaan, dan badan anasir tanpa
perbezaan, dalam yang empat ini iaitu: panas, sejuk, kering dan basah. Walaupun
mereka empat acuan, Allah jadikan dua daripadanya sebagai asas kepada kewujudan
dua yang lain. Haba mengeluarkan kekeringan dan sejuk mengeluarkan kebasahan.
Ini dinyatakan oleh Allah dengan firman-Nya, "Tidak ada yang basah atau
yang kering melainkan sudah ada dalam Buku Yang Nyata" (6:59) lantaran
sebab itu, oleh kerana ia dikeranakan, mesti ada kewujudan sebab, atau jika ia
adalah kesan, maka ia mesti ada sebab, bagaimanapun kamu meletakkannya.
Kewujudan sebab tidak memerlukan kewujudan sesuatu akibat. [Al-Falak al-Atlas]
Bila Allah ciptakan sfera yang pertama ini, ia berpusing dengan lakaran yang
penghujungnya hanya Allah sahaja mengetahuinya kerana tiada badan terhad di
atasnya untuk melintasinya. Ia adalah badan tipis (jarang) yang pertama.
Pergerakan menurut perkiraan dan dijadikan jelas. Allah tidak ciptakan apa-apa
dalamnya. Kemudian pergerakan menjadi jelas dan berakhir pada sesuatu yang
berada di dalamnya. Jika tidak demikian, pergerakan di dalamnya tidak akan
menjadi jelas samasekali kerana tidak ada planet dalam al-Falak al-Atlas, dan
ia menyerupai dirinya sendiri. Jadi ukuran satu pergerakan dalamnya tidak
diketahui dan tidak juga ditentukan. Sekiranya ada sebahagian daripadanya di
dalamnya ia adalah berbeza daripada bahagian yang lain, maka tanpa keraguan
pergerakannya akan dikira dengannya. Tetapi Allah mengetahui ukurannya,
akhirannya dan ulangannya. Hari terjadi daripada pergerakan itu. Di sana tidak
ada malam atau siang pada hari itu. Kemudian perjalanan sfera ini berterusan
dan Allah ciptakan 35 malaikat sebagai tambahan kepada 16 malaikat yang telah
kami nyatakan. Jadi jumlahnya menjadi 411 malaikat. Malaikat-malaikat ini
termasuklah Jibrail, Mikail, Israfil dan Izrail. Kemudian Dia ciptakan 974
malaikat dan tambahkan mereka kepada golongan malaikat yang telah kami
nyatakan. Dia bukakan kepada mereka dan perintahkan mereka menurut bakat mereka
yang Dia ciptakan. Mereka berkata, "Kami tidak turun, melainkan dengan
perintah Tuhanmu. Kepunyaan-Nya apa yang di hadapan dan apa yang di belakang
kita, dan yang di antara keduanya. Dan Tuhanmu tidak pernah lupa" (19:64).
Allah berfirman kepada mereka, "Mereka tidak menderhakai Allah pada apa
yang diperintahkan kepada mereka," (66:6). Mereka adalah malaikat yang
khususnya menjadi penjaga. Allah ciptakan malaikat yang menjadi penghuni langit
dan bumi untuk beribadat kepada-Nya. Tidak ada tempat di langit dan di bumi
yang tidak ada malaikat padanya. Allah terus menciptakan malaikat daripada
nafas dunia selagi ia bernafas. [Penciptaan Kediaman yang paling hampir] Bila
pergerakan sfera ini, yang tempuhnya 54,000 tahun menurut kiraan kamu, sudah
lengkap, Allah jadikan dunia ini dan tentukan baginya ketentuan yang jelas yang
mana ia akan berakhir dan bentuknya akan terhapus. Ia akan ditukarkan daripada
menjadi tempat kediaman kita dan menerima bentuk tertentu, iaitu apa yang kita
lihat hari ini, kepada "bumi digantikan dengan bumi lain, dan langit
juga". Bila 36,000 tahun kiraan kamu mencukupi bagi pergerakan sfera ini,
Allah jadikan alam baharu: Syurga dan Neraka yang Allah sediakan untuk
hamba-hamba-Nya, kedua-duanya yang bahagia dan yang celaka. Di sana 9,000 tahun
kiraan kamu di antara penciptaan alam ini dan penciptaan alam akhirat. Sebab
itulah ia dinamakan "yang kemudian" kerana ciptaannya diperlambatkan
sehingga selepas penciptaan alam ini yang dipanggil "yang pertama"
kerana ia diciptakan sebelumnya. Allah berfirman, "Yang kemudian adalah lebih
baik bagi kamu daripada yang terdahulu" (97:4). Dia menyampaikan kepada
Rasul-Nya s.a.w, dan tidak mengadakan ketentuan binasa bagi Alam Akhirat. Ia
adalah abadi. [Bumbung Syurga ialah al-Falak al-Atlas] Allah jadikan sfera ini
sebagai bumbung Syurga. Kita panggilnya Arasy yang pergerakannya tidak khusus
dan tidak juga jelas. Pergerakannya berterusan, tiada kesudahan. Tidak ada
ciptaan yang telah kami nyatakan diciptakan tanpa matlamat kedua, iaitu
menghubungkan dirinya kepada kewujudan manusia yang menjadi Wakil Raja dalam dunia
ini. Saya katakan "matlamat kedua" kerana matlamat pertama penciptaan
ialah mengenal Allah dan beribadat kepada-Nya kerana inilah tujuan seluruh alam
maya diciptakan. Tidak ada apa kecuali yang meninggikan puji-pujian-Nya. Makna
matlamat kedua dan pertama ialah hubungan kehendak, bukan dalam ruangan masa
berkehendak, kerana kehendak Allah adalah sifat mutlak sebagaimana Zat-Nya di
ceritakan seperti juga semua sifat-sifat-Nya. [Pegerakan langit dan Pegerakan
bumi] Kemudian Allah ciptakan sfera-sfera ini dan langit-langit, dan
mengilhamkan kepada setiap langit dengan perintah-Nya dan mengaturkan
cahaya-cahaya dan lampu-lampu di dalamnya, dan mengisikannya dengan para
malaikat dan menjadikannya bergerak. Jadi semuanya bergerak kerana mentaati
Allah, datang kepada-Nya, mencari kesempurnaan kehambaan yang layak bagi
masing-masingnya, kerana Allah perintahkan kepada langit dan bumi,
"Datanglah dengan rela atau terpaksa" dengan perintah yang ditujukan
kepada mereka. Mereka menjawab, "Kami datang dengan rela". Jadi,
mereka terus menerus datang dan terus bergerak, sekalipun pergerakan bumi
tersembunyi daripada kita. Ia bergerak mengelilingi pusat kerana ia berpusing.
Bagi langit pula, ia datang dengan rela apabila Allah perintahkan. Bumi datang
dengan rela apabila ia mengetahui akan dipaksa dan Allah mesti membawanya bila
Dia berfirman, "atau dengan terpaksa". Itulah yang dimaksudkan dengan
firman-Nya, "atau dengan terpaksa". Ia datang dengan rela secara
terpaksa! "Dia dirikan tujuh langit dalam dua hari, dan Dia mengilhamkan
kepada setiap langit dengan perintah-Nya" (41:12). [Penciptaan bumi dan
ketentuan makanan padanya] Allah ciptakan bumi dan tentukan makanan padanya
menurut bahan-bahan keluarannya. Dia sediakan khazanah bagi keperluan pemakanan
mereka. Kami telah sentuh mengenai aturan pembentukan dunia dalam buku al-'Aql
al-Mustawfir. Sebahagian daripada ketentuan makanannya ialah kewujudan air,
udara dan api, begitu juga apa yang dikandungi sebagai wap, awan, kilat, guruh,
dan kesan-kesan daripada langit. "Itu adalah ketentuan Yang Maha Gagah,
Maha Mengetahui" (6:96). Dia jadikan jin daripada api, dan burung,
reptilia di darat dan di laut, dan serangga daripada kereputan bumi agar udara
menjadi bersih bagi kita, bebas daripada wap kereputan. Jika wap kereputan itu
bercampur dengan udara yang dalamnya Allah amanahkan kehidupan dan
kesejahteraan manusia dan haiwan, akan membuatkan mereka jatuh sakit, lemah dan
kepayahan. Jadi Allah sucikan atmosfera untuknya sebagai kasihan belas-Nya bila
Dia jadikan makhluk ini daripada benda-benda reput. Dengan demikian hanya
kedapatan sedikit penyakit. [Penciptaan manusia] Dan kemudian Kerajaan siap
disusunkan dan disediakan, namun tidak ada makhluk yang mengetahui daripada
jenis apakah Wakil Raja itu akan diwujudkan, sedangkan demi kewujudannya Allah
sediakan kerajaan ini. Apabila masa yang ditentukan menurut ilmu-Nya sampai
bagi mengwujudkan Wakil Raja tersebut, 17,000 tahun sesudah dunia ini didiami
dan 8,000 tahun selepas alam kemudian, yang tidak ada kesudahan, didiami, Allah
perintahkan malaikat membawakan segenggam tanah yang berbagai-bagai jenis
daripada bumi. Berbagai-bagai kisah yang panjang diceritakan mengenai perihal
malaikat mengambil tanah tersebut. Allah mengambilnya dan mengulinya dengan
tangan-tangan-Nya. Ini adalah perkataan-Nya, "apa yang Aku ciptakan dengan
tangan-tangan-Ku" (38:75). Allah mengamanahkan setiap malaikat yang telah
disebutkan dengan amanah bagi Adam. Dia berfirman, "'Aku ciptakan manusia
daripada tanah liat" (38:71). Amanah ini yang ada dengan kamu adalah
miliknya. Bila Aku ciptakannya, setiap kamu berikan kepadanya apa yang kamu ada
yang Aku amanahkan kamu baginya. "Bila Aku siap menciptakannya dan Aku
tiupkan daripada roh-Ku kepadanya, maka sujudlah kepadanya" (15:29).
Kemudian Allah uli tanah liat bagi ciptaan Adam dengan kedua-dua tangan-Nya,
sehingga ditukarkan baunya iaitu kebusukan tanah liat. Itu adalah bahagian yang
udara berada di dalam binaannya. Dia jadikan bahagian luarnya sebagai tempat
bagi anak-cucunya yang bahagia dan yang celaka. Dia amanahkan apa yang ada
dalam tangan-tangan-Nya. Allah menerangkan bahawa yang bahagia di dalam tangan
kanan-Nya dan yang celaka di dalam tangan kiri-Nya. "Kedua-dua tangan
Tuhanku adalah tangan kanan yang suci". Dia berfirman, "Itu adalah
bagi syurga dan yang melakukan kebaikan ahli syurga. Itu adalah untuk neraka
dan mereka yang melakukan amalan ahli neraka". Dia amanahkan
keseluruhannya dalam tanah liat Adam, dan gabungkan yang bertentangan di
dalamnya secara prinsip anggaran. Dia bentuknya atas pergerakan lurus, dan ia
di bawah penguasaan Virgo. Dia jadikan enam arah baginya: atas, iaitu yang
melepasi kepalanya, bawah yang bertentangan dengannya iaitu di bawah kakinya,
kanan yang berada di sebelah bahagiannya yang kuat, dan kiri yang bertentangan
dengannya yang disebelah bahagiannya yang lemah, hadapan ialah yang sebelum
mukanya, dan belakang yang bertentangan iaitu yang di belakang tengkuknya. Dia
bentukkan, seimbangkan dan susunkannya. Kemudian Dia tiupkan daripada roh-Nya
kepadanya. Bila ia sudah ditiupkan kepadanya, apabila ia menjalar ke seluruh
bahagian tubuhnya, empat perkara muncul . Empat perkara itu ialah: cecair
kuning (hempedu), cecair hitam, darah dan air liur. Cecair kuning dari anasir
api yang daripadanya ia dijadikan, firman-Nya, "daripada tanah liat
seumpama pembuat periuk (dari tanah liat yang dibakar)" (55:14). Cecair
hitam daripada tanah, firman-Nya, "Dia ciptakannya daripada tanah"
(15:26). Darah daripada udara, dan daripada perkataan-Nya, "tanah liat
yang busuk". Air liur daripada air yang dengannya tanah diuli dan menjadi
tanah liat. Kemudian Allah datangkan kuasa daya tarikan yang dengannya haiwan
menarik makanan, kemudian kuasa mencengkam yang dengannya haiwan memegang apa
yang menjadi makanannya, kemudian kuasa penghadaman yang dengannya makanan
dihadamkan, dan kemudian kuasa membuang yang dengannya dia mengeluarkan
daripada dirinya - peluh, wap, udara, najis dan lain-lain. Bagi penyebaran wap
dan pembahagian darah di dalam urat daripada hati dan setiap bahagian haiwan,
ia dengan kuasa penarikan, bukan kuasa pembuangan. Bahagian kuasa pembuangan
hanya apa yang ia keluarkan, iaitu bahan-bahan buangan. Kemudian Allah
datangkan kuasa memberi makan, membesar, deria-deria, imaginasi, ilusi,
kebolehan menyimpan dan ingatan. Semuanya ini dalam manusia sama sahaja dengan
yang dalam haiwan, tidaklah meletakkannya pada taraf manusia melainkan kerana
empat kebolehan: kebolehan imaginasi, ilusi, kebolehan menyimpan dan daya
ingatan. Kebolehan ini lebih kuat dalam manusia daripada dalam haiwan. Kemudian
Dia kurniakan kepada manusia bakat atau kebolehan untuk mengerti, pemikiran dan
akal, dan ini menjadikannya berbeza daripada haiwan. Dia letakkan sekalian
bakat-bakat ini pada jasad manusia sebagai alat bagi Diri Zahir memperolehi
segala manfaat daripadanya. "Kemudian Dia bentuknya kepada makhluk yang
lain" (23:14), iaitu kemanusiaan. Dia jadikan manusia mengenal melalui
bakat-bakat tersebut, dan dia menjadi hidup, mengetahui, berkuasa, berkehendak,
berkata-kata, mendengar dan melihat menurut sempadan yang dimilikinya.
"Segala puji bagi Allah, sebaik-baik Pencipta" (23:14). Kemudian
Allah tidak menamakan Diri-Nya dengan sebarang nama tanpa meletakkan sebahagian
daripada sifat nama tersebut kepada manusia sebagai bahagian yang daripada-Nya yang
menyata dalam dunia menurut apa yang wajar baginya. Kerana itulah ada orang
yang memahamkan perkataan Rasulullah s.a.w, "Allah ciptakan manusia dalam
rupa-Nya" sebagai membawa maksud ini. Dia hantarkan manusia sebagai Wakil
Raja iaitu wakil-Nya di bumi kerana bumi merupakan sebahagian daripada alam
perubahan dan pertukaran, yang bertentangan dengan Alam Tinggi. Pengadilan
berlaku di kalangan penghuni bumi menurut perubahan yang berlaku pada alam
langit. Dengan demikian prinsip-prinsip bagi semua nama-nama Ilahi menyata.
Maka Adam lebih tepat merupakan khalifah di bumi daripada di langit dan syurga.
Di sana apa yang Dia perintahkan adalah: pengetahuan Nama-nama, sujudnya
malaikat-malaikat, dan keingkaran iblis sebagaimana yang akan dibicarakan pada
bahagian yang sesuai nanti, Insya' Allah. [Jasad manusia dan jenisnya] Tajuk
ini dikhususkan untuk membicarakan tentang permulaan jasad manusia. Ada empat
jenis: jasad Adam, jasad Hawa, jasad Isa dan jasad keturunan Adam. Setiap jasad
ini berbeza daripada pembentukan jasad-jasad lain menurut hukum sebab musabab,
sekalipun bersamaan dalam bentuk zahiriah dan rohaniah. Kami katakan ini, dan
membicarakan mengenainya agar akal yang lemah tidak terdorong untuk
membayangkan kuasa Ilahi atau hakikat sebagai tidak cukup berkuasa, dan
menganggapkan bahawa makhluk bangsa manusia ini muncul daripada hanya satu
penyebab yang zatnya memperkenankan pembentukan ini. Allah menyangkal keraguan
ini lantaran pembentukan manusia ini muncul pada Adam dengan cara yang ia tidak
muncul pada Hawa; jasad Hawa muncul melalui perantaraan yang jasad Adam tidak
muncul melaluinya; dan jasad keturunan Adam muncul melalui cara yang jasad Isa
tidak melaluinya. Setiap daripada semua ini dipanggil manusia menurut istilah.
Ianya begitulah seharusnya diketahui bahawa Allah mempunyai ilmu mengenai
segala perkara dan bahawa Dia berkuasa berbuat apa sahaja. Kemudian, Allah
gabungkan semua empat jenis makluk ini dalam satu ayat Quran, Surah al-Hujurat
(49:13) Dia berfirman, " Wahai manusia, Kami yang ciptakan kamu" bermaksud
Adam, "daripada lelaki" bermaksud Hawa dan "daripada
perempuan" bermaksud Isa, dan digabungkan "daripada lelaki dan
perempuan" bermaksud melalui perkahwinan dan kelahiran. Ayat ini adalah
sebahagian daripada "semua perkataan" dan "ungkapan yang jelas"
yang disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. [Jasad Adam dan jasad Hawa] Kemudian
jasad Adam muncul sebagaimana yang dinyatakan, dan dia tidak ada keinginan
untuk berkahwin. Allah sudah mengetahui ketentuan untuk kelahiran, pembiakan
dan perkahwinan dalam kewujudan ini. Perkahwinan pada tempat ini adalah bagi
kesinambungan kewujudan jenis-jenis. Kemudian Dia ciptakan Hawa daripada tulang
rusuk Adam yang paling kecil. Oleh sebab itu perempuan berada pada peringkat
yang lebih rendah daripada lelaki seeprti firman Allah, "Lelaki ada
kelebihan di atas perempuan" (2:228). Jadi perempuan tidak dapat mengatasi
lelaki. Hawa memiliki kebengkokan yang ada pada tulang rusuk, maka dengannya
dia mempunyai kecenderungan kepada anak-anak dan suami. Kecenderungan lelaki (=kemesraan)
kepada perempuan adalah kecenderungannya terhadap dirinya sendiri kerana
perempuan adalah sebahagian daripadanya. Perempuan tertarik kepada lelaki
kerana dia diciptakan daripada tulang rusuk, dan tulang rusuk ada kelengkungan
dan kecenderungan. [...cinta Adam dan cinta Hawa] Allah isikan bahagian Adam
yang daripadanya muncul Hawa dengan keinginan terhadapnya (Hawa) kerana tidak
seharusnya ada kekosongan pada kewujudan. Bila Dia isikan pada Adam keinginan,
Adam merindui Hawa sebagaimana dia merindui dirinya sendiri kerana Hawa adalah
daripadanya. Hawa merindui Adam kerana Adam adalah asalnya di mana dia
diciptakan. Cinta Hawa adalah kecintaan kepada asal usul, dan kecintaan Adam
adalah cintakan diriny sendiri. Kerana sebab itu, kecintaan lelaki kepada
perempuan menyata kerana perempuan adalah sama dengannya, dan perempuan pula
diberikan bakat yang ditentukan dengan sifat pemalu dalam menyintai lelaki.
Perempuan mampu berahsia kerana asal usulnya tidak disatukan kepadanya seperti
Adam disatukan kepada Hawa. Allah gubahkan dalam tulang rusuk itu semua yang
Dia gubahkan dan ciptakan pada jasad Adam. Pembentukan jasad Adam dalam
bentuknya sama seperti pembuat periuk menggubahkan daripada tanah liat dan
bakaran. Pembentukan jasad Hawa sama seperti tukang kayu gubah ukiran pada
kayu. Bila dia ukirkan Hawa dalam tulang rusuk dan tentukan bentuknya,
sempurnakan pembentukannya, ditiupkan padanya daripada roh-Nya. Hawa mendapat
tempat sebagai perempuan yang hidup dan boleh berkata-kata, mengambil tempatnya
dalam pembiakan. Adam berasa tenteram dengan Hawa dan Hawa berasa tenteram
dengan Adam. Hawa adalah "pakaian Adam dan Adam pakaian Hawa" Allah
berfirman, "Mereka adalah pakaian kamu dan kamu pakaian mereka"
(2:187). Keinginan menjalar kepada seluruh bahagian jasadnya dan dia mencari
Hawa. [Kejadian jasad jenis ketiga] Kemudian Adam menutupi Hawa dan menuangkan
air ke dalam kandungannya dan dengan setitik air itu, darah haid yang Allah
tentukan untuk perempuan mengalir, dan dalam jasad itu terbentuk jasad ketiga
yang berbeza daripada cara pembentukan jasad Adam dan Hawa. Inilah jasad jenis
ketiga. Allah peliharakan pembentukan di dalam kandungan itu seperingkat demi
seperingkat dengan perubahan daripada air mani kepada darah beku kepada
segumpal daging kepada tulang. Kemudian Allah pakaikan daging kepada tulang.
Bila pertumbuhan kehaiwanan ini lengkap, Dia bentukkan makhluk lain dan
dengannya meniupkan roh manusia ke dalamnya. "Segala puji bgai Allah,
Pencipta yang paling baik" (23:14). Sekiranya bukan kerana terlalu
panjang, tentuk mai terangkan pembentukan manusia di dalam kandungan
seperingkat demi seperingkat, dan malaikat yang menjaga yang mengawasi
pembentukan janin dalam kandungan sehinggalah ia keluar. Tetapi kami mahu
perkatakan tentang tubuh manusia. Walaupun sama menurut takrif, kenyataan,
perasaan dan bentuk yang khusus, sebab bagi komposit berbeza agar tidak ada
orang yang membayangkan bahawa ia kepunyaan zat penyebab. Maha Tinggi Allah!
Itu merujuk kepada Pelakun yang dipilih yang melakukan apa yang Dia kehendaki
bila Dia kehendaki tanpa larangan atau tidak berupaya dalam satu perkara
berbanding dengan perkara lain. "Tiada Tuhan melainkan Dia, Maha gagah,
Maha Bijaksana" (3:18). [Kejadian jasad Isa] Pengkaji haiwan dan
tumbuh-tumbuhan mengatakan mani perempuan tidak mempunyai apa-apa yang dibentuk
daripadanya - walaupun janin yang dalam kandungannya datang daripada mani
lelaki. Oleh yang demikian kami jadikan pembentukan Isa sebagai pembentukan
yang lain, sekalipun peraturannya di dalam kandungan menyamai peraturan bagi
jasad-jasad bayi yang lain. Kejadian jasad Isa adalah daripada mani perempuan
kerana Roh zahir kepadanya tanpa menyalahi peraturan, atau ianya daripada
tiupan nafas tanpa air. Jasad Isa adalah jasad jenis keempat, yang berbeza cara
kejadiannya dengan jasad-jasad yang lain. Allah berfirman, "Sesungguhnya,
kesamaan Isa" (2:56) iaitu kejadian Isa, "dengan Allah adalah umpama
kesamaan Adam. Dia ciptakannya daripada habuk". Gantinama itu merujukkan
kepada Adam. Kesamaan itu merujuk kepada kejadian Isa tanpa bapa, iaitu keadaan
kejadiannya menyerupai kejadian Adam, sekalipun Dia ciptakan Adam daripada
habuk. Kemudian Allah katakan, "Jadi!". Isa tidak berada dalam
kandungan Maryam selama tempuh kandungan biasa. Pembentukannya berlaku dengan
cepat kerana Allah berkehendak menjadikannya sebagai tanda bagi manusia dan
menjadikannya sebagai penafian kepada anggapan mereka yang berpegang kepada
hukum alam yang biasa, tidak dengan kejadian yang rahsia dan ajaib yang Allah
pertaruhkan dalamnya. Sebahagian mereka yang berakal merumuskan hal ini sebagai
hukum alam dan berkata, "Kami hanya tahu apa yang Engkau beritahu, dan ia
mengandungi perkara-perkara yang kami tidak tahu". [Manusia di bumi
seperti akal di langit] Inilah sebabnya kami nyatakan permulaan kejadian jasad
manusia dan kenyataan bahawa terdapat empat jenis jasad yang terbentuk secara
berbeza dan manusia merupakan kejadian yang paling akhir. Maka ia adalah
seumpama akal dan berhubungan dengannya kerana kewujudan ini adalah bulatan.
Permulaan bulatan ialah kewujudan Akal Awal seperti yang dinyatakan dalam
hadis: "Yang pertama Allah ciptakan ialah Akal". Ia merupakan jenis
pertama. Kejadian berakhir pada jenis manusia, maka bulatan menjadi lengkap dan
manusia dihubungkan degan akal, sebagaimana titik akhir bulatan disambungkan
dengan awalnya. Begitulah keadaannya. Di antara dua hujung bulatan itu adalah
semua jenis atau bangsa yang Allah ujudkan dalam alam ini, di antara Akal Awal,
iaitu Qalam, dan manusia, iaitu kejadian terakhir. Kemudian garisan muncul
daripada titik yang berada di tengah-tengah bulatan kepada garis lengkung
bulatan yang muncul daripadanya, dan muncul bersamaan pada setiap bahagian
garis lengkung. Ia serupa dengan hubungan Allah dengan semua yang wujud. Ia
adalah hubungan yang sama. Perubahan tidak berlaku sama sekali. Semua perkara
bergantung kepada-Nya dan menerima apa yang Dia kurniakan seperti bahagian
garis lengkung bergantung kepada titik pusat. Allah binakan bentuk manusia
secara pergerakan lurus seumpama bentuk kayu pemyokong kepada khemah. Dia
jadikan manusia sebagai penyokong bumbung langit. Allah menahannya daripada
jatuh kerananya. Jadi manusia adalah seumpama kayu penyokong khemah. Bila
bentuk manusia ini dihapuskan, dan tiada seorang manusia yang masih ada di muka
bumi, maka langit pun runtuh, pada hari itu ianya akan jatuh kerana kayu
penyokongnya iaitu manusia sudah terhapus. Kemudian kehidupan akan berpindah ke
Alam Kemudian kerana manusia sudah berpindah ke sana. Dunia ini akan menjadi
satu keruntuhan disebabkan manusia telah meninggalkannya. Jadi kita ketahui
dengan jelas bahawa manusialah yang menjadi tujuan diwujudkan dunia ini dan
manusialah khalifah-Nya yang sebenar dan manusia itulah bekas yang menyatakan
nama-nama Ilahi. Manusia membawa bersamanya semua hakikat-hakikat alam -
malaikat, sfera (cakerawala), tubuh, alam semulajadi, bahan-bahan galian dan
haiwan. Ini adalah menurut apa yang hanya diberikan kepadanya daripada
pengetahuan tentang nama-nama Ilahi, sekalipun saiz dan jisimnya yang kecil.
Allah berfirman, "Tentunya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada
penciptaan manusia" (40:57) kerana manusia dihasilkan daripada langit dan
bumi, maka mereka menyerupai ibu bapa mereka. Allah menaikan darjat mereka
kerananya, "tetapi kebanyakan manusia tidak tahu" (7:187). Dia tidak
maksudkan lebih besar pada ukuran kerana yang demikian dapat ditangkap oleh
pancaindera. [Ujian bagi Manusia yang paling utama (al-Insan al-Akbar)] Walau
bagaimanapun, Allah menguji manusia dengan ujian yang tidak dikenakan kepada
makhluk yang lain, samada Dia akan jadikannya bahagia atau Dia akan jadikannya
celaka menurut apa yang Dia benarkan dia menggunakannya. Ujian yang Dia gunakan
bagi menguji manusia ialah Dia jadikan pada manusia itu bakat atau kebolehan
berfikir dan jadikan bakat ini berkhidmat kepada bakat lain yang dinamakan
akal. Dia jadikan akal, seklipun ia tuan kepada fikiran, mengambil apa yang
fikiran berikan kepadanya. Dia tidak berikan kepada fikiran sebarang bidang
kecuali kebolehan berimaginasi. Dia jadikan bakat imaginasi sebagai bekas yang
mengumpulkan apa yang bakat-bakat pancaindera berikan kepadanya. Dia juga
berikan kepadanya bakat yang dinamakan pemahaman. Jadi dalam bakat imaginasi,
tidak ada apa yang diperolehi kecuali apa yang diberikan oleh deria atau apa yang
bakat pemahaman berikan. Anasir pemahaman datangnya daripada benda-benda yang
berhubung dengan deria. Ia mengumpulkan bentuk-bentuk yang tidak ada sumber,
sekalipun semua bahagiannya wujud dalam deria. Itu kerana akal dijadikan bersih
tanpa tipudaya dan tanpa pengetahuan yang agak-agak. Fikiran diberitahukan,
"Bezakan di antara yang benar dan yang salah yang ada dalam bakat
imaginasi ini." Fikiran mengkaji menurut apa yang ia ada. Ia mungkin
memperolehi keraguan dan ia juga mungkin menemui pembuktian tanpa ia mengetahui
yang demikian, sekalipun ia mengakui yang ia mengetahui bentuk keraguan
daripada pembuktian. Ia memperolehi pengetahuan sementara ia tidak mengambil
kira kekurangan anasir yang ia jadikan asas perolehan pengetahuannya. Akal
menerima daripadanya dan membuat keputusan dengannya. Jadi kejahilannya boleh
jadi lebih besar daripada pengetahuannya. Kemudian Allah perintahkan akal
supaya mengenali-Nya agar ia boleh merujuk kepada-Nya, tidak kepada sesuatu
yang lain. Akal memahami yang bertentangan daripada apa yang Yang Haq kehendaki
daripadanya, bila Dia berfirman, "tidakkah mereka fikirkan?" (7:184)
"kepada mereka yang berfikir" (10:24 dll). Ia bergantung kepada
fikiran dan jadikannya penghulu yang diikuti dan mengabaikan apa yang Allah
maksudkan bila Dia sebut fikiran. Dia memberitahunya supaya berfikir agar ia
dapat melihat bahawa tiada cara untuk mengetahui Allah melainkan dengan
kurniaan makrifat Allah. Oleh kerana itu perkara yang sebenarnya akan
disingkapkan kepadanya. Tidak semua akal memiliki pemahaman ini - ianya hanya
akal yang dipilih oleh Allah dari kalangan anbia dan aulia. Sekiranya saya
ketahui jika mereka telah berkata, "Ya, bahkan!" dengan pemikiran
mereka bila Allah bawakan mereka mengaku dengan diri mereka [terhadap ketuhanan
Allah sebelum mereka diciptakan] di dalam genggaman keturunan anak-cucu Adam!
Dia buat mereka mengakui demikian bila Dia mengambil mereka daripada
pinggang-pinggang mereka adalah lantaran kekhuatiran. Walau bagaimanapun, bila
mreka beralih kepada kebolehan berfikir mereka mengenai makrifat Allah, mereka
tidak bersetuju sama sekali walaupun kepada satu keputusan mengenai makrifat
Allah. Setiap kumpulan menubuhkan pengajiannya sendiri, dan kenyataan mereka
mengenai kehadiran Ilahi yang dilindungi bertambah-tambah. Ahli-ahli fikir ini
bertindak terlalu berani terhadap Allah. Semua ini menjadi sebahagian daripada
ujian yang kami katakan bila Allah jadikan fikiran pada manusia. Ahli Allah
memerlukan Allah dalam mempercayai-Nya yang Dia pertanggungjwabkan kepada mereka
mengenai makrifat-Nya. Mereka mengetahui bahawa yang dikehendaki daripada
mereka ialah mereka merujuk kepada-Nya dalam hal tersebut, dan dalam segala
hal. Sebahagian daripada mereka berkata, "Maha Suci Dia yang tidak
mengadakan jalan untuk mengenali-Nya melainkan ketidakupayaan untuk
mengenali-Nya!" Ada yang berkata, "Ketidakupayaan mencapai pengertian
itulah pengertian". Rasulullah s.a.w bersabda, "Aku tidak berupaya
menghitung puji-pujian-Mu!" Allah berfirman, "Mereka tidak berupaya
melingkungi-Nya dengan ilmu mereka" (20:110). Mereka kembali kepada Allah
dalam mengenali-Nya dan meninggalkan anggapan mengenai darjat-Nya dan
melaksanakan tuntutan-Nya. Mereka tidak meletakkan-Nya pada apa yang tidak
harus difikirkan mengenai-Nya. Telah dinyatakan bahawa adalah ditegah daripada
memikirkan tentang Zat Allah. Allah berfirman, "Allah memberi amaran
kepada kamu tentang Diri-Nya" (3:28,30). Allah kurniakan makrifat-Nya
kepada mereka iaitu kurniaan-Nya dan menjadikan mereka saksi bagi makhluk-Nya
dan kenyataan apa yang Dia jadikan mereka saksi. Jadi mereka tahu apakah yang
secara logiknya mustahil melalui fikiran, adalah tidak mustahil melalui
hubungan Ilahiah. Sebahagian daripada yang tersebut akan diketahui dalam tajuk
"Bumi dijadikan daripada baki tanah liat Adam" dan tempat yang lain.
Iaitu yang manusia berakal berhutang budi kepada Allah lantaran dirinya
mengetahui bahawa Allah berkuasa berbuat apa sahaja, mungkin atau mustahil -
dan bukan segalanya mustahil. Dia memiliki kuasa yang berkesan dan kurniaan
yang melimpah. Tidak ada ulangan pada apa yang Dia bawa kepada kewujudan -
lebih tepat perkara yang serupa berlaku dalam anasir yang Dia bawa kepada
kewujudan dan inginkan kesinambungan. Jika demikian kehendaknya, ia akan
dihapuskan dengan tiupan. "Tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Gagah, Yang
Bijaksana