Manaqib Penyusun Maulid Diba' Ad Diba`i (866 – 944 H).
Manakib Penyusun Maulid Diba'
Ad Diba`i (866 – 944 H).
Salah satu karya mawlid yang masyhur dalam dunia Islam
ialah mawlid Diba'i yang dikarang oleh seorang ulama besar dan ahli hadits
yaitu
Imam Wajihuddin ‘Abdur Rahman bin Muhammad bin ‘Umar
bin ‘Ali bin Yusuf bin Ahmad bin ‘Umar ad-Diba`ie asy-Syaibani al-Yamani
az-Zabidi asy-Syafi`i.
Beliau dilahirkan pada 4 Muharram tahun 866H dan wafat
hari Jumaat 12 Rajab tahun 944H. Beliau adalah seorang ulama hadits yang
terkenal dan tiada tolok bandingnya pada masa hayatnya. Beliau mengajar kitab
Shohih Imam al-Bukhari lebih dari 100 kali khatam.
Beliau mencapai darjat Hafiz dalam ilmu hadits iaitu
seorang yang menghafal 100,000 hadits dengan sanadnya. Setiap hari beliau akan
mengajar hadits dari masjid ke masjid. Di antara guru-gurunya ialah Imam
al-Hafiz as-Sakhawi, Imam Ibnu Ziyad, Imam Jamaluddin Muhammad bin Ismail,
mufti Zabid, Imam al-Hafiz Tahir bin Husain al-Ahdal dan ramai lagi. Selain
daripada itu, beliau juga seorang muarrikh, yakni ahli sejarah, yang terbilang.
Di antara kitab karangannya ialah:-
"Taisirul Wusul ila Jaami`il Usul min Haditsir
Rasul" yang mengandungi himpunan hadits yang dinukil daripada kitab hadits
yang 6.
*
"Tamyeezu at-Thoyyib min al-Khabith mimma yaduru
'ala alsinatin naasi minal hadits" sebuah kitab yang membezakan hadits
sahih dari selainnya seperti dhaif dan maudhu.
*
"Qurratul 'Uyun fi akhbaril Yaman al-Maimun".
*
"Bughyatul Mustafid fi akhbar madinat Zabid".
*
"Fadhail Ahl al-Yaman".
Tidak ada komentar:
Posting Komentar