TANGISAN BAGINDA NABI SAW, MENGGETARKAN 'ARASY
TANGISAN BAGINDA NABI SAW, MENGGETARKAN 'ARASY
Tangisan Baginda Rasulullah Muhammad SAW
Menggetarkan Arasy
===============================================================
Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada
apa pun yang hilang,
Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka
ada sesuatu yang
hilang,
Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang,
maka segala-galanya telah hilang dari diri seseorang.
"Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah
s.a.w. sedang asyik
bertawaf
di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya
bertawaf, sambil
berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!"
Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim!
Ya Karim!" Orang itu lalu berhenti di salah satu
sudut Ka'bah, dan
berzikir
lagi: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w.
yang berada di
belakangnya mengikut zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!"
Merasa seperti
diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan
terlihat olehnya
seorang
laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah
dikenalinya. Orang
itu
lalu
berkata:
"Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja
memperolok-olokkanku,
kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan
kerana
ketampananmu
dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada
kekasihku,
Muhammad
Rasulullah."
Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w.
tersenyum, lalu
bertanya: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai
orang Arab?"
"Belum,"
jawab orang itu. "Jadi bagaimana kau beriman
kepadanya?"
"Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya,
sekalipun saya belum
pernah
melihatnya, dan membenarkan perutusannya,sekalipun saya
belum pernah
bertemu dengannya," kata orang Arab badwi itu
pula.
Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: "Wahai
orang Arab! Ketahuilah
aku
inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di
akhirat!" Melihat Nabi
di
hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada
dirinya.
"Tuan ini Nabi Muhammad?!" "Ya"
jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk
untuk
mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu,
Rasulullah s.a.w.
menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya:
"Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu.
Perbuatan serupa itu
biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya,
Ketahuilah, Allah
mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur
yang meminta
dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita
gembira bagi
orang
yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang
mengingkarinya."
Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa
berita dari langit
dia
berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan
salam kepadamu dan
bersabda: "Katakanlah kepada orang Arab itu, agar
dia tidak terpesona
dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan
menghisabnya di
hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya,
baik yang kecil
mahupun yang besar!" Setelah menyampaikan berita
itu, Jibril kemudian
pergi. Maka orang Arab itu pula berkata:
"Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan
akan membuat
perhitungan
atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat
perhitungan dengannya!"
kata orang Arab badwi itu. "Apakah yang akan
engkau perhitungkan dengan
Tuhan?" Rasulullah bertanya kepadanya. 'Jika Tuhan
akan memperhitungkan
dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa
kebesaran
maghfirahnya,' jawab orang itu. 'Jika Dia
memperhitungkan kemaksiatan
hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan
pengampunan-Nya.
Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba
akan
memperhitungkan
pula betapa kedermawanannya!'
Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah
s.a.w. pun
menangis
mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi
itu, air mata
beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu
Malaikat Jibril turun
lagi seraya berkata:
"Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam
kepadamu, dan bersabda:
Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana
tangismu, penjaga
Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga
la bergoncang.
Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan
menghisab dirinya,
juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah
sudah mengampuni
semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di
syurga nanti!" Betapa
sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita
tersebut. la
lalu
menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya.
"
Kalau tidak keberatan..... Tolong sebarkan cerita ini
kepada saudara
Muslim
Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran
kepada kita
semua.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang
berkekalan bagi orang
yang
mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...
"
Tidak ada komentar:
Posting Komentar