SEJATINYA Nur Nabi Muhammad SAW(Allahumma sholli wa sallim 'ala Nuril Anwar)
SEJATINYA Nur Nabi Muhammad SAW(Allahumma sholli wa sallim 'ala Nuril
Anwar)
Nur Nabi Muhammad Saw
Tahun Gajah, 12 Rabi`ul Awwal, lahirlah Junjungan
s.a.w. ke alam nyata. Kelahiran yang menjadi rahmat bagi sekalian alam. Allah
jadikan alam ini semata-mata kerana hendak menzahirkan rahmatNya ini bagi
sekalian alam. Jika bukan kerana Junjungan s.a.w. nescaya alam ini tidak
diciptakan Allah s.w.t.
Roh Junjungan s.a.w. merupakan seawal-awal makhluk yang
diciptakan Allah, menurut keterangan bukan seorang tetapi ramai ulama dari
kalangan pemuka Ahlus Sunnah wal Jama`ah (i.e. bukannya Syiah sebagaimana
tuduhan penderhaka Wahhabi). Sebelum itu apa itu roh ? Ianya adalah rahsia
Allah, tiada siapa yang tahu hakikatnya selain Allah. Roh inilah yang digelar,
disebut dan dipanggil dengan berbagai nama kemuliaan seperti "An-Nurul
Muhammadiy", "Nur Muhammad", Haqiqatul Muhammadiyyah" dan
sebagainya. Al-Amir 'Abdul Qadir al-Jazaairi dalam kitabnya
"al-Mawaqif" pada mawquf yang ke-89 telah menyenaraikan banyak lagi
gelar dan nama panggilan tersebut.
Ulama Ahlus Sunnah wal Jama`ah yang berpegang kepada
konsep Nur Muhammad ini telah memberikan tafsiran yang sekali-kali tidak
bercanggah dengan 'aqidah dan syariah Islam serta disandarkan kepada
dalil-dalil yang boleh dipegangi. Secara ringkasnya mereka berpegang bahawa:-
1.
Nur Muhammad adalah makhluk yang diciptakan Allah
paling awal di alam arwah dan merupakan roh Junjungan s.a.w.
2.
Nur Muhammad ini dicipta daripada nur yang juga dicipta
dan dimiliki Allah, yang mana hakikatnya tidak diketahui kerana ianya merupakan
ilmu Allah s.w.t. semata-mata dan bukanlah erti "nur" itu cahaya atau
sinar seumpama cahaya matahari atau lampu yang merupakan lawan bagi kegelapan
atau sesuatu yang boleh menerima kegelapan.
3.
Nur Muhammad inilah yang menjadi asal atau benih atau
dengan kata lain menjadi sebab bagi kewujudan sekalian makhluk lain.
Antara ulama tersohor lagi muktabar yang menjadi
pegangan Ahlus Sunnah wal Jama`ah (i.e. Wahhabi tak pakai le) ialah Syaikhul
Islam Ibrahim al-Baijuri/al-Bajuri rhm. Ulama besar yang menjadi Syaikhul
Azhar, pengarang berbagai kitab pegangan antaranya yang masyhur "Hasyiah
al-Bajuri 'ala Ibni Qasim al-Ghazi" dalam fiqh Syafi`i. Dalam kitab
tawhidnya "Tuhfatul Murid 'ala Jawharatit Tawhid", mukasurat 80,
beliau menyatakan:-
*
"Dan yang tahqiqnya ialah bahawasanya Junjungan
Nabi s.a.w. diutuskan kepada sekalian para nabi dan umat-umat terdahulu, akan
tetapi dii'tibarkan pada alam arwah kerana sesungguhnya roh baginda telah
diciptakan sebelum segala arwah yang lain...."
Jadi roh Junjungan s.a.w. adalah paling awal dicipta di
alam arwah dan telah pun mencapai darjat rasul dan nabi di mana segala arwah
lain dari segala nabi dan umat-umat mereka dikehendaki untuk mengakui dan
menerima kerasulan dan kenabian Junjungan s.a.w. tersebut. Inilah yang
dimaksudkan dengan firmanNya : "Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai
Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya...." (Surah Saba` : 28).
Allahumma sholli wa sallim 'ala Nuril Anwar.
Nur Nabi Muhammad Saaw
syarah Mawlid al-Barzanji mukasurat 4
Syaikh Muhammad Nawawi al-Bantani, ulama besar yang
digelar sebagai Sayyidul Ulama-il-Hijaz, dalam "Madarijus Shu`ud"
yang merupakan syarahnya bagi Mawlid al-Barzanji mukasurat 4 menulis:-
*
....(Nur yang bersifat dengan terdahulu) atas segala
makhluk (dan pertama-tama) iaitu kejadiannya yang pertama dinisbahkan kepada
segala makhluk sebagaimana dinyatakan dalam hadits Jabir yang menyatakan
bahawasanya dia telah bertanya kepada Junjungan Rasulullah s.a.w. mengenai apa
yang paling awal diciptakan Allah, lalu dijawab oleh baginda s.a.w.:
"Bahawasanya Allah telah mencipta, sebelum adanya sesuatu, nur nabimu,
maka dijadikan nur tersebut beredar (berputar/berproses, Allah sahaja yang
mengetahui hakikatnya) dengan kekuasaan qudrahNya menurut yang dikehendaki
Allah. Dan belum ada pada waktu itu loh, qalam, syurga, neraka, malaikat, manusia,
jin, bumi, langit, matahari dan bulan. Atas dasar ini dapatlah difahami bahawa
nur tersebut adalah satu jawhar dan bukannya 'aradh (sifat).....:
Pada mukasurat 56, beliau menyebut:-
*
"Dengan Haqiqat Muhammadiyyah dan Nur Muhammad
yang dimaksudkan adalah suatu hakikat kejadian yang diciptakan oleh Allah dan
dinamakan nur dan bukanlah arti nur itu sesuatu yang boleh menerima kegelapan
atau menjadi lawan kepada gelapan, bahkan yang dikehendaki ialah suatu hakikat
yang tiada mengetahui kejadiannya selain Allah ta`ala.
Jadi Syaikh Nawawi yang merupakan seorang pengarang
yang produktif dan menjadi guru dan sanad kepada ramai ulama-ulama kita
termasuklah Kiyai Agung Muhammad as-Suhaimi Ba Syaiban, berpegang kepada konsep
Nur Muhammad sebagai makhluk yang pertama diciptakan Allah s.w.t. Dan beliau
menjelaskan bahawa Nur Muhammad ini adalah satu jawhar (yakni jawhar yang
lathif/halus/seni) dan bukannya satu aradh atau sifat yang menumpang pada
sesuatu jawhar atau jisim atau dzat. Justru Nur Muhammad ini adalah satu
makhluk ciptaan Allah, yang paling awal diciptakan dan ia adalah ruhul a'dhzam,
roh Junjungan Nabi s.a.w. yang menjadi sebab bagi diwujudkan Allah segala
makhluk lain. Maka hakikat kejadian Nur Muhammad ini tidaklah kita ketahui,
hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui seperti juga dengan roh yang merupakan
jisim lathif kita.
Allahumma sholli wa sallim 'ala Nuril Anwar
Nur Muhammad Saaw
Syarah Al-Bajuri "alal Burdah
Kalam Syaikhul Islam Ibrahim al-Bajuri/al-Baijuri dalam
"Haasyiah al-Bajuri 'ala Matnil Burdah" yang juga dikenali sebagai
"Syarah al-Bajuri 'alal Burdah" berkenaan Qasidah Burdah yang berkat.
Dalam kitabnya ini juga dinyatakan serba sedikit kelebihan beberapa bait
Qasidah Burdah tersebut. Pada mukasurat 30, Syaikhul Islam menyatakan, antara
lain:-
*
Dan setiap mukjizat yang didatangkan oleh para rasul
yang mulia kepada umat-umat mereka, tidak akan terhubung dengan mereka (yakni
tidak sampai kepada mereka atau tidak berlaku atas mereka) melainkan daripada
mukjizat Nabi Muhammad s.a.w. ataupun daripada nur baginda s.a.w. yang menjadi
asal bagi segala sesuatu, maka langit dan bumi adalah daripada nur baginda,
syurga dan neraka adalah daripada nur baginda dan mukjizat para nabi adalah
daripada nur baginda .......... dan yang dikehendaki dengan nur baginda ialah
mukjizat baginda dan dinamakan ianya sebagai nur kerana dia memimpin atau
menyuluh (ke arah hidayah) dan boleh juga ditanggung makna nur ini kepada
an-Nurul Muhammadiy (Nur Muhammad) yang merupakan asal segala makhluk ........
jika dikatakan kenapa atau bagaimana boleh berlaku mukjizat yang didatangkan
oleh para rasul yang mulia kepada umat-umat mereka adalah daripada nur Nabi
Muhammad s.a.w. sedangkan para nabi tersebut adalah lebih dahulu ada ? Maka
jawabannya ialah baginda s.a.w. (yakni Junjungan Nabi s.a.w.) adalah terlebih
dahulu wujudnya atas segala nabi tersebut diambilkira dari segi kejadian an-Nur
al- Muhammadiy (yakni Nur Muhammad telah dahulu adanya sebelum para nabi yang
lain).
Syaikh Khalid al-Azhari rhm. dalam syarahnya terhadap
Qasidah Burdah yang dicetak dipinggir hasyiah Syaikhul Islam al-Bajuri tersebut
pada mukasurat 31 menyatakan:-
*
Bahawasanya segala tanda-tanda kenabian (yakni segala
mukjizat) yang didatangkan dengannya oleh para rasul sesungguhnya berhubung
dengan mereka daripada nur Nabi Muhammad s.a.w. kerana bahawasanya telah
dicipta nur baginda terdahulu daripada mereka.
Nur Muhammad adalah makhluk yang paling awal diciptakan
dan menjadi asal atau sebab bagi wujudnya segala sesuatu, yang mana jika Allah
tidak berkehendak untuk mewujudkan kekasihNya Junjungan Nabi Muhammad s.a.w. di
alam nyata, maka sudah tentu segala makhluk tidak dijadikanNya. Allah berfirman
dalam surah al-Anbiya`, ayat 107 yang kira-kira maksudnya: "Tidak Kami
mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi sekalian
alam." Berdasarkan kepada ayat ini, dapat kita fahami bahwa Junjungan Nabi
s.a.w. adalah rahmat dan rahmat ini bagi sekalian alam, oleh itu demi untuk
mewujudkan atau menzahirkan rahmat ini, maka Allah pun menciptakan alam semesta
ini.
Allahumma sholli wa sallim 'ala Nuril Anwar
Nur Muhammad Saaw
Qadhi 'Iyyadh al-Yahsubi dalam kitabnya
"asy-Syifa` bi ta'riifi huquuqil Musthofa" mukasurat 83 meriwayatkan
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Sayyidina 'Abdullah bin 'Abbas r.anhuma
bahawasanya :-
*
Junjungan Nabi s.a.w. bersabda:-" Adalah roh
baginda merupakan satu nur di sisi dua tangan Allah ta'ala (yakni di sisi
qudrah dan iradah Allah ta`ala) sebelum diciptakan Nabi Adam 2000 tahun. Nur
tersebut bertasbih dan bertasbih bersamanya segala malaikat. Maka apabila Allah
mencipta Nabi Adam, disimpankan Nur tersebut ke dalam sulbinya. "
*
Selanjutnya Junjungan s.a.w. menyambung: " Maka
Allah telah menurunkan aku ke bumi dalam sulbi Nabi Adam, dan dijadikanNya aku
dalam sulbi Nabi Nuh, dan diletakkanNya aku dalam sulbi Nabi Ibrahim, kemudian
sentiasalah Allah ta`ala memindah-mindahkan aku dari sulbi-sulbi yang mulia ke
rahim-rahim yang suci sehingga Dia mengeluarkan aku daripada kedua ibu bapaku,
sedangkan mereka sekali-kali tidaklah berbuat keji (yakni semua leluhur
Junjungan s.a.w. tidak pernah melakukan zina, semuanya bernikah secara sah).
Selanjutnya Qadhi Iyyadh menyatakan bahawa antara bukti
untuk menguatkan kesahihan khabar ini adalah syair al-Abbas yang masyhur pada
memuji Junjungan Nabi s.a.w. Mulla 'Ali al-Qari dalam syarahnya bagi kitab
"asy-Syifa`" tersebut pada mukasurat 199, juzuk 1, menyatakan bahawa
hadis ini diriwayatkan oleh Abu 'Amr al-'Adni dalam musnadnya. Beliau juga menyatakan
bahawa pada kebanyakkan riwayat lafaz "Inna Quraisyan (Bahawasanya seorang
quraisy (yakni Junjungan Nabi s.a.w.)" digunakan. Hadis inilah yang
dinukil oleh Syaikh Wajihuddin 'Abdur Rahman ad-Diba`ie, yang juga seorang ahli
hadis, dalam mawlidnya yang terkenal itu. Imam al-Haddad juga menukil hadis ini
dalam kitabnya "Sabilul Iddikar", maka terserahlah kepada kalian.
Allahumma sholli wa sallim 'ala Nuril Anwar.
Nur Nabi Muhammad Saw
Habib Utsman bin 'Abdullah bin 'Aqil BinYahya al-'Alawi
al-Husaini asy-Syafi`i, Mufti Betawi yang terkenal menulis dalam kitabnya
"az-Zuhrul Baasim fi Athwaari Abil Qaasim s.a.w. ":-
....Maka sekalian anbiya` 'alaihimus sholatu was salam
dijadikan mereka itu daripada cahaya Nabi Muhammad s.a.w. dan memberi tasbih
oleh cahaya itu pada Allah ta`ala, maka sekalian malaikat memberi tasbih pada
Allah ta`ala dengan tasbihnya cahaya itu di dalam masa 2000 tahun. Maka
kemudian daripada itu, maka dijadikan oleh Allah ta`ala akan Nabi Adam a.s.
(yakni jasad baginda) dan ditaru(h) padanya cahaya Nabi Muhammad s.a.w., maka
diperintah oleh Allah ta`ala akan sekalian malaikat bersujud hormat kepada Nabi
Adam a.s. Maka setelah itu diambil maka diambil oleh Allah ta`ala akan Nabi
Adam a.s. perjanjian bahawa ia memelihara akan cahaya itu turun - temurun. Maka
dengan taqdir Allah berpinda(h)-pinda(h)lah itu pada anak cucu Nabi Adam dari
nabi-nabi dan wali-wali hingga pada Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Isma`il
a.s. dan turun-temurun pula hingga pada 'Abdul Muthallib ibnu Hasyim iaitu
kake(k)nya Rasulullah s.a.w. yang masyhur di negeri Makkah mempunyai pangkat
besar lagi murah dua tangannya memberi sedekah dan jamu-jamuan pada orang-orang
hingga binatang-binatang di hutan diberi makan padanya. Pada masa diperanakkan
'Abdullah anaknya 'Abdul Muthallib, maka berpindahlah cahaya Nabi Muhammad dari
'Abdul Muthallib kepada anaknya 'Abdullah itulah ayahanda Rasulullah
s.a.w.........
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Syaikh Ismail Haqqi rhm. pengarang kitab tafsir
"Ruhul Bayan" pada jilid 2, mukasurat 370 menyatakan pula:-
*
"....Dan dinamakan Junjungan Rasul itu sebagai nur
kerana seawal-awal sesuatu yang dizahirkan/diwujudkan Allah dengan nur
qudrahNya (yakni dengan kekuasaanNya) dari kegelapan 'adam (ketidakwujudan)
adalah Nur Muhammad s.a.w. sebagaimana dinyatakan dalam hadis:
"Seawal-awal yang diciptakan Allah ialah nurku".......
Ikhwah, Imam al-FakhrurRazi dalam tafsirnya yang
masyhur "Mafaatihul Ghaib" juzuk 6, menyatakan bahawa sujudnya para
malaikat sebagai tanda hormat kepada Nabi Adam a.s. adalah dikeranakan Nur
Muhammad a.s. yang berada di dahi Nabi Adam a.s. Imam asy-Syahrastani dalam
'Milal wan Nihal" juga menceritakan bahawa gajah-gajah Abrahah menyungkur
sujud menundukkan kepadanya kepada Abdul Mutallib kerana Nur Muhammad s.a.w.
yang ada di dahinya. Inilah antara bukti kewujudan dan kebesaran Nur Muhammad
s.a.w. yang merupakan roh Junjungan kita.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Syaikh 'Abdul Wahhab asy-Sya'raani dalam
"al-Yawaaqiit wal Jawaahir" menyebut:-
*
... Maka sekiranya ditanya: Apakah yang terawal
dizahirkan (diwujudkan) selepas dibelah/dipecah mega/tabir ketidakwujudan
(yakni selepas Allah berkehendak untuk mewujudkan makhluk dengan menamatkan
'adamnya makhluk) ? Jawapannya adalah seperti kata Syaikh Taqiyuddin bin Abu
Mansur, bahawasanya seawal-awal makhluk yang diwujudkan selepas dirobek mega
ketidakwujudan adalah Junjungan Nabi s.a.w., maka dengan demikian berhaklah
Junjungan Nabi s.a.w. sebagai yang terawal daripada segala yang awal (daripada
sekalian makhluk), maka Junjunganlah bapa bagi segala ruhaniyyah sebagaimana
Adam a.s. menjadi bapa bagi segala jisim jasmaniyyah.
Nur Nabi Muhammad Saw
Quthubul Habib 'Ali bin Muhammad bin Husain al-Habsyi
rhm. dalam mawlidnya "Simthud Durar" menulis antara lain:-
* ......Telah sampai kepada kami dalam hadits-hadits
yang masyhur, bahawa sesuatu yang mula pertama dicipta Allah ialah nur yang tersimpan
dalam pribadi ini (yakni Junjungan Nabi s.a.w.). Maka nur insan tercinta inilah
makhluk pertama muncul di alam semesta, daripadanya bercabang seluruh wujud
ini, ciptaan demi ciptaan, yang baru datangnya ataupun yang sebelumnya (yang
yang terlebih dahulu datangnya dari yang kemudian).
*
Sebagaimana diriwayatkan Abdur Razzaaq dengan sanadnya
sampai kepada Jaabir bin 'Abdullah al-Anshaari (semoga ridha Allah atas
keduanya): "Bahawasanya ia pernah bertanya: "Demi ayah dan ibuku, ya
Rasulullah, Beritahukanlah kepadaku tentang suatu yang dicipta Allah sebelum
segalanya yang lain (yakni sebelum segala makhluk yang lain). Jawab baginda:
"Wahai Jabir, sesungguhnya Allah telah menciptakan nur nabimu Muhammad
s.a.w. dari nurNya sebelum sesuatu yang lain."
Ikhwah, jika dikatakan bahawa Allah menciptakan nur
Muhammad ini daripada nurNya, maka yang dimaksudkan di sini adalah nur yang
menjadi milik Allah, bukannya sebahagian daripada zat Allah yang Maha Suci dan
Maha Esa daripada berjuzuk-juzuk dan berpisah-pisah. Inilah yang dikatakan
idhafah tasyrifiyyah iaitu suatu sandaran untuk memuliakan sesuatu. Sama
seperti kita sandarkan bait (rumah) kepada Allah seperti BaitUllah (rumah
Allah) atau ka'baatUllah (ka'bah Allah) dan sebagainya. Sebahagian golongan
tersesat kerana beranggapan bahawa nur Muhammad ini asalnya adalah sebahagian
dari zat Allah kerana beranggapan bahawa nur itu adalah sebahagian daripada zat
Allah. Ini menjadikan pegangan mereka seumpama pegangan nasrani terhadap
ketuhanan Nabi Isa a.s. Jelas ini bukanlah pegangan kita Ahlus Sunnah wal
Jama`ah. Kita berpegang bahawa Nur Muhammad ini adalah makhluk yang diciptakan
Allah dan tidak lebih daripada itu walau betapa hebat dan agungnya ciptaan ini.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Syaikh Muhammad Mutawalli asy-Sya'raawi dalam
"Anta tas-al wal Islam yajib" , cetakan Darul Muslim, Qahirah, tahun
1982 / 1402, juzuk 1, mukasurat 41 telah ditanya berhubung an-Nur al-Muhammadiy
dan permulaan penciptaan. Soalannya lebih kurang:-
* Telah warid dalam hadis: "Bahawa Jabir bin
'Abdullah r.a. telah bertanya kepada Junjungan Rasulullah s.a.w.: "Apa
yang awal-awal diciptakan Allah ?", lalu Junjungan bersabda:"Nur
nabimu, wahai Jabir." Bagaimana disesuaikan/diselarikan hadis ini dengan
bahawa seawal makhluk itu Adam dan dia daripada tanah ?
Antara jawapan Syaikh Mutawalli:-
* Daripada kesempurnaan yang mutlak dan dari segi
tabi`ienya, bahawa Allah memulakan penciptaan dengan menciptakan makhluk yang
tinggi, kemudian diambil daripadanya akan yang rendah. Tidaklah masuk akal,
bahawa diciptakan bahan baku materi / material / unsur tanah (al-maadah
ath-thiniyyah) dahulu kemudian baru Dia mencipta daripadanya Muhammad, kerana
sesungguhnya insan yang paling tinggi adalah para rasul, dan yang tertinggi
daripada mereka adalah Muhammad bin 'Abdullah.
* Oleh itu, tidak sah (dikatakan) bahawa diciptakan
unsur materi kemudian diciptakan daripadanya Muhammad. Tak dapat tiada bahawa
jadilah an-Nur al-Muhammadiy itulah yang wujud dahulu, dan daripada an-Nur
al-Muhammadiy timbulnya segala sesuatu, dan jadilah hadis Jabir itu benar......
Jelas daripada jawapan tersebut Syaikh Mutawalli
asy-Sya'raawi termasuk ulama yang menerima kebenaran hadis Jabir r.a. Sebenarnya
sandaran untuk konsep Nur Muhammad ini bukanlah hanya pada hadis Jabir ini
sahaja, tetapi ada lagi hadis-hadis yang dijadikan sandaran. Silalah tuan-tuan
rujuk segala kitab karangan ulama kita. Bahkan, jika ada pun yang menolak
tsabitnya hadis Jabir, maka tidak bermakna mereka juga menolak konsep Nur
Muhammad. Oleh itu selayaknya kita menghormati perbezaan pendapat dengan lapang
dada tanpa saling tuduh - menuduh, kerana jari yang kau tuding itu mungkin
mencucuk mata para ulama yang kita disuruh memuliakan mereka.
Allahumma sholli wa sallim 'ala Nuril Anwar
Nur Nabi Muhammad Saaw
Hadits Jabir berhubung Nur Muhammad s.a.w. yang
diriwayatkan oleh Imam 'Abdur Razzaq terus menjadi pertikaian. Sebahagian
mentsabitkannya, manakala sebahagian lagi menolaknya dengan alasan ianya tidak
dijumpai termaktub dalam Musannaf beliau. Sebahagian menjadikan ketakwujudan
atau mungkin ketakjumpaan hadits tersebut dalam Musannaf sebagai alasan untuk
menolak dan membid'ahsesatkan konsep Nur Muhammad. Manakala sebahagian lagi yang
menolak tsabitnya hadits Jabir tersebut, tidak pula menolak konsep Nur
Muhammad, cuma menolak pentsabitan hadits tersebut. Walau apa pun, wujudnya
perbezaan pendapat ini jelas menunjukkan bahawa perkara ini termasuk dalam
perkara khilafiyyah yang berlaku di kalangan ulama. Maka sewajarnya kita
menjaga adab dalam perkara ini demi keutuhan ukhuwwah dan perpaduan umat
sejagat.
Majalah Dakwah Bulanan yang dibawah penyeliaan dan
pimpinan Habib Taufiq as-Segaf, "Cahaya Nabawiy" edisi No. 63 Tahun
VI Rajab 1429, turut memuatkan jawapan pengasuh ruangan Istifta'nya, Ustaz
Muhibbul Aman Aly, berhubung hadits Nur Muhammad ini.
Hadits tentang Nur Nabi Muhammad SAW ini diriwayatkan
oleh Imam Abdur Rozaq. Hadits ini disebutkan oleh beberapa ulama dengan riwayat
dari Abdur Rozaq, diantaranya disebutkan oleh Syekh Sa'dud Din at-Taftazani
dalam kitab "Syarh Burdatul Madikh", Syekh Sulayman al-Jamal dalam
kitab "Syarh al-Syamail", Syaikh Ibnu Hajar al-Haytami dalam kumpulan
fatwa haditsnya, Syekh Ahmad al-Showi al-Maliki dalam kitab "Bulghotus
Salik", Syekh Abdulloh al-Khifaji dalam kitab "al-Siroh
al-Halabi" dan ulama-ulama lainnya. Ada sebahagian orang yang meragukan
keberadaan hadits ini, karena redaksi hadits ini tidak ditemukan dalam kitab
Musnad (kumpulan hadits) Abdur Rozaq yang beredar saat ini, tetapi alasan ini
tidak kuat, karena terbukti para ulama dahulu banyak mengutip hadits ini dari
riwayat Abdur Rozaq. Ini bererti redaksi hadits ini termuat dalam manuskrip
kitab Musnad Abdur Rozaq yang beredar pada zaman dahulu, dan yang beredar saat
ini bukan manuskrip yang lengkap sebagaimana yang diterima oleh para ulama pada
masa dahulu.
Pada tahun 1428H / 2007M, Syekh 'Isa bin Abdulloh
al-Khimyari, seorang ulama ahli hadits, mengaku telah menemukan manuskrip kuno
kitab Musnad Abdur Rozaq yang didalamnya tertulis beberapa hadits yang tidak
ditemukan dalam cetakan yang beredar saat ini. Termasuk di dalamnya hadits
tentang Nur Muhammad SAW ini. Meskipun penemuan ini masih diragukan oleh
sebahagian kalangan, yang jelas hadits ini telah banyak dinukil oleh para ulama
terdahulu. Ini sudah cukup membuktikan keberadaannya. Terlepas dari perbedaan
pendapat para ahli hadits tentang kesahihannya.
Beginilah kedudukan hadits Nur Muhammad yang
diriwayatkan oleh Sayyidina Jabir r.a. Dalam penolakan sebahagian, sebahagian
pula menerima dan mentsabitkannya. Apa yang jelas, para ulama daripada kalangan
habaib Bani 'Alawi pada umumnya menerima dan berpegang dengan hadits tersebut
sebagaimana termaktub dalam karya Habib 'Ali bin Muhammad al-Habsyi yang
termasyhur "Simthud Durar"
Nur Nabi Muhammad Saw
Sumber Informasi Diambil dari Beberapa Kitab Islam Lama
.
Penyusun : Maharasky Syah .
Suatu hari Sayidina Ali, karam Allahu wajhahu, misanan
dan menantu Nabi Suci s.a.w. bertanya,
“Wahai Rasulallah, kedua orang tuaku akan menjadi
jaminanku, mohon katakan padaku apa yang diciptakan Allah Ta’Ala sebelum semua
makhluq ciptaan?”
Berikut ini adalah jawaban nya yang indah :
Sesungguhnya, sebelum Rabb mu menciptakan lainnya, Dia
menciptakan dari Nur Nya nur Nabimu, dan Nur itu diistirahatkan haithu
mashaAllah, dimana Allah menghendakinya untuk istirahat. Dan pada waktu itu
tidak ada hal lainnya yang hadir – tidak lawh al-mahfoudh, tidak Sang Pena,
tidak Surga ataupun Neraka, tidak Malaikat Muqarabin (Angelic Host), tidak
langit ataupun dunia; tiada matahari, tiada rembulan, tiada bintang, tiada jinn
atau manusia atau malaikat– belum ada apa-apa yang diciptakan, kecuali Nur ini.
Kemudian Allah – Subhan Allah – dengan iradat Nya
menghendaki adanya ciptaan. Dia kemudian membagi Nur ini menjadi empat bagian.
Dari bagian pertama Dia menciptakan Pena,
Kini telah diketahui bahwa ketika Allah menciptakan
lawh al-mahfoudh dan Pena, pada Pena itu terdapat seratus simpul, jarak antara
kedua simpul adalah sejauh dua tahun perjalanan. Allah kemudia memerintahkan
Pena untuk menulis, dan Pena bertanya, “Ya Allah, apa yang harus saya tulis?”
Allah berkata, “Tulislah : la ilaha illAllah, Muhammadan Rasulullah.” Atas itu
Pena berseru, “Oh, betapa sebuah nama yang indah, agung Muhammad itu bahwa dia
disebut bersama Asma Mu yang Suci, ya Allah.”
Allah kemudian berkata, “Wahai Pena, jagalah kelakuan
mu ! Nama ini adalah nama Kekasih Ku, dari Nurnya Aku menciptakan Arsy dan Pena
dan lawh al-mahfoudh; kamu, juga diciptakan dari Nur nya. Jika bukan karena
dia, Aku tidak akan menciptakan apapun.” Ketika Allah S.W.T. telah mengatakan
kalimat tersebut, Pena itu terbelah dua karena takutnya akan Allah, dan tempat
dari mana kata-katanya tadi keluar menjadi tertutup/terhalang, sehingga sampai
dengan hari ini ujung nya tetap terbelah dua dan tersumbat, sehingga dia tidak
menulis, sebagai tanda dari rahasia ilahiah yang agung. Maka, jangan seorangpun
gagal dalam memuliakan dan menghormati Nabi Suci, atau menjadi lalai dalam
mengikuti contoh nya (Nabi) yang cemerlang, atau membangkang/meninggalkan
kebiasaan mulia yang diajarkannya kepada kita.
Kemudian Allah memerintahkan Pena untuk menulis. “Apa
yang harus saya tulis, Ya Allah?” bertanya Pena. Kemudian Rabb al Alamin
berkata, “Tulislah semua yang akan terjadi sampai Hari Pengadilan !” Berkata
Pena, “Ya Allah, apa yang harus saya mulai?” Barkata Allah, “Kamu harus memulai
dengan kata-kata ini : Bismillah al-Rahman al-Rahim.” Dengan rasa hormat dan
takut yang sempurna, kemudian Pena bersiap untuk menulis kata-kata itu pada
Kitab (lawh al-mahfoudh), dan dia menyelesaikan tulisan itu dalam 700 tahun.
Ketika Pena telah menulis kata-kata itu, Allah S.W.T.
berbicara dan berkata, “Telah memakan 700 tahun untuk kamu menulis tiga Nama
Ku; Nama Keagungan Ku, Kasih Sayang Ku dan Empati Ku. Tiga kata-kata yang penuh
barakah ini saya buat sebagai sebuah hadiah bagi ummat Kekasih Ku Muhammad.
Dengan Keagungan Ku Aku berjanji bahwa bilamana abdi
manapun dari ummat ini menyebutkan kata Bismillah dengan niat yang murni, Aku
akan menulis 700 tahun pahala yang tak terhitung untuk abdi tadi, dan 700 tahun
dosa akan Aku hapuskan.
Dari bagian kedua lawh al-mahfoudh,
Dari bagian ketiga Arsy.
Sekarang (selanjutnya), bagaian ke-empat dari Nur itu
Aku bagi lagi menjadi empat bagian :
1. Dari bagian pertama Aku ciptakan Malaikat Penyangga
Singgasana (hamalat al-`Arsh);
2. Dari bagian kedua Aku ciptakan Kursi, majelis
Ilahiah (Langit atas penyangga Singgasana Ilahiah, `Arsh);
3. Dari bagian ketiga Aku ciptakan seluruh malaikat
(makhluq) langit lainnya;
4.Dan bagian ke-empat Aku bagi lagi menjadi empat
bagian:
* dari bagian pertama Aku membuat semua langit,
* dari bagian kedua Aku membuat bumi-bumi ,
* dari bagian ketiga Aku membuat Jinn dan api.
* Bagian keempat Aku bagi lagi menjadi empat bagian :
* dari bagian pertama Aku membuat cahaya yang menyoroti
muka kaum beriman;
* dari bagian kedua Aku membuat cahaya di dalam jantung
mereka, merendamnya dengan ilmu ilahiah;
* dari bagian ketiga cahaya bagi lidah mereka yang
adalah cahaya Tawhid (Hu Allahu Ahad),
*
dan dari bagian keempat Aku membuat berbagai cahaya
dari ruh Muhammad s.a.w..
Ruh yang cantik ini diciptakan 360,000 tahun sebelum
penciptaan dunia ini,
dan itu dibentuk sangat (paling) cantik dan dibuat dari
bahan yang tak terbandingkan.
Kepalanya dibuat dari petunjuk, lehernya dibuat dari
kerendahan hati,
Matanya dari kesederhanaan dasn kejujuran, dahinya dari
kedekatan (kepada Allah),
Mulutnya dari kesabaran, lidahnya dari kesungguhan,
Pipinya dari cinta dan ke-hati-hati-an,
Perutnya dari tirakat terhadap makanan dan hal-hal
keduniaan,
Kaki dan lututnya dari mengikuti jalan lurus,
dan jantungnya yang mulia dipenuhi dengan rahman.
Ruh yang penuh kemuliaan ini diajari dengan rahmat dan
dilengkapi dengan adab semua kekuatan yang indah. Kepadanya diberikan
risalahnya dan kualitas kenabiannya dipasang.
Kemudian Mahkota Kedekatan Ilahiah dipasangkan pada
kepalanya yang penuh barokah, masyhur dan tinggi diatas semua lainnya,
didekorasi dengan Ridha Ilahiah dan diberi nama Habibullah (Kekasih Allah) yang
murni dan suci.
Duabelas Tabir { 12 Bulan, 12th Rabil Awal, 12 suku, 12
Menunjukkan Penuntasan}
Sesudah ini Allah S.W.T., menciptakan duabelas tabir.
Yang pertama dari itu adalah Tabir Kekuatan didalam
mana Ruh Nabi s.a.w. mukim (tinggal) selama 12,000 tahun, membaca Subhana
rabbil-’ala (Maha Suci Rabb-ku, Maha Tinggi).
Yang kedua adalah Tabir Kebesaran dalam mana dia
ditutupi selama 11,000 tahun, berkata, Subhanal ’Alim al-Hakim (Maha Suci
Rabb-ku, Maha Tahu, Maha Bijak).
Dia dipingit selama 10,000 tahun dalam Tabir Kebaikan,
mengucapkan Subhana man huwa da’im, la yaqta (Maha Suci Rabb-ku Yang Abadi,
Yang Tidak Berakhir).
Tabir ke-empat adalah Tabir Rahman, disitu ruh mulia
itu tinggal selama 9,000 tahun, memuja Allah, berkata: Subhana-rafi’-al-`ala
(Maha Suci Rabb ku Yang Ditinggikan, Maha Tinggi).
Tabir kelima adalah Tabir Nikmat, dan di situ tinggal
selama 8,000 tahun, mengagungkan Allah dan berkata, Subhana man huwa qa’imun la
yanam. (Maha Suci Rabb-ku Yang Selalu Ada, Yang Tidak Tidur).
Tabir ke-enam adalah Tabir Kemurahan; dimana dia
tinggal selama 7,000 tahun, memuja, Subhana-man huwal-ghaniyu la yafqaru (Maha
Suci Rabb-ku Yang Maha Kaya, Yang Tidak Pernah Menjadi Miskin).Kemudian diikuti
tabir ke tujuh, Tabir Kedudukan. Disini ruh tercerahkan itu tinggal selama
6,000 tahun, memuja Allah dan berkata : Subhana man huwal Khaliq-an-Nur (Maha
Suci Rabb-ku Maha Pencipta, Maha Cahaya Light).
Berikutnya, Dia menyelimutinya dengan tabir ke delapan,
Tabir Petunjuk dimana dia tinggal selama 5,000 tahun, memuja Allah dan berkata,
Subhana man lam yazil wa la yazal. (Maha Suci Rabb-ku Yang Keberadaan Nya Tak
Pernah Berhenti, Yang Tidak Musnah).
Kemudian diikuti tabir ke sembilan, yaitu Tabir
Kenabian dimana dia tinggal selama 4,000 tahun, mengagungkan Allah: “Subhana
man taqarrab bil-qudrati wal-baqa.” (Maha Suci Rabb-ku yang Mengajak Dekat
dengan Maha Kuat dan Maha Langgeng).
Kemudian datang Tabir Keunggulan, tabir ke sepuluh
dimana ruh yang tercerahkan ini tinggal selama 3,000 tahun, membaca pepujian
untuk Pencipta dari Semua Sebab, berkata, “Subhana dhil-’arshi ‘amma yasifun.”
(Maha Suci Rabb-ku Pemilik Singgasana Diatas Semua Karakter Yang Dilekatkan
Kepada Nya).
Tabir ke-sebelas adalah Tabir Cahaya. Disana dia
tinggal selama 2,000 tahun, berdoa, “Subhana dhil-Mulk wal-Malakut.” (Maha Suci
Rabb-ku Maha Raja semua Kerajaan Langit dan Bumi).
Tabir ke-dua belas adalah Tabir Intervensi (Syafa’at),
dan disana dia tinggal selama 1,000 tahun, berkata “Subhana-rabbil-’azhim” (Maha
Suci Rabb-ku, Maha Anggun).
Penciptaan AHMAD Tercinta
Setelah itu Allah menciptakan sebuah pohon yang dikenal
sebagai Pohon Kepastian.
Pohon ini memiliki empat cabang. Dia menempatkan ruh
yang diberkahi tadi pada salah satu cabang, dan dia terus menerus memuja Allah
untuk 40,000 tahun, mengatakan, Allahu dhul-Jalali wal-Ikram. (Allah, Pemilik
Keperkasaan dan Kebaikan).
Setelah dia memuja Nya demikian itu dengan pepujian
yang banyak dan beragam, Allah S.W.T. menciptakan sebuah cermin, dan Dia
meletakannya demikian hingga menghadapi ruh Habibullah, dan memerintahkan ruh
itu untuk memandangi cermin itu.
Ruh itu melihat ke dalam cermin dan melihat dirinya
terpantul sebagai pemilik bentuk yang paling cantik/ bagus dan sempurna.
Dia kemudian membaca lima kali, Shukran lillahi ta’ala
(terima kasih kepada Allah, Maha Tinggi Dia), dan tersungkur dalam posisi sujud
dihadapan Rabb-nya. Dia tetap bersujud seperti itu selama 100 tahun, mengatakan
Subhanal-aliyyul-azhim, wa la yajhalu. (Maha Suci Rabb ku Maha Tinggi Maha
Anggun, Yang Tidak Mengabaikan Apapun); Subhanal-halim alladhi la yu’ajjalu.
(Maha Suci Rabb-ku Maha Toleran, Yang Tidak Tergesa-gesa); Subhanal-jawad
alladhi la yabkhalu. (Maha Suci Rabb ku Maha Pemurah Yang Tidak Pelit).
Karena itulah Penyebab (Adanya) Makhluq mewajibkan
ummat Muhammad s.a.w. untuk melakukan sujud (sajda) lima kali dalam sehari–
lima shalat dalam jangka waktu siang sampai malam ini adalah sebuah hadiah
kehormatan bagi ummat Muhammad s.a.w..
Dari Nur Muhammad
Berikutnya Allah menciptakan sebuah lampu jamrut hijau
dari Cahaya,
dan dilekatkan pada pohon itu melalui seuntai rantai
cahaya.
Kemudian Dia menempatkan ruh Muhammad s.a.w. di dalam
lampu itu dan memerintahkannya untuk memuja Dia dengan Nama Paling Indah (Asma
al-Husna).
Itu dilakukannya, dan dia mulai membaca setiap satu
dari Nama itu selama 1,000 tahun.
Ketika dia sampai kepada Nama ar-Rahman (Maha Kasih),
pandangan ar-Rahman jatuh kepadanya dan ruh itu mulai berkeringat karena
kerendahan hatinya.
Tetesan keringat jatuh dari padanya, sebanyak yang
jatuh itu menjadi nabi dan rasul, setiap tetes keringat beraroma mawar berubah
menjadi ruh seorang nabi.
Mereka semua berkumpul di sekitar lampu di pohon itu,
dan Azza wa Jala berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w., “Lihatlah ini sejumlah besar
nabi yang Aku ciptakan dari tetesan keringatmu yang menyerupai mutiara.”
Mematuhi perintah ini, dia memandangi mereka itu, dan
ketika cahaya mata itu menyentuh menyinari objek itu, maka ruh para nabi itu
sekonyong konyong tenggelam dalam Nur Muhammad s.a.w., dan mereka berteriak,
“Ya Allah, siapa yang menyelimuti kami dengan cahaya?”
Allah menjawab mereka, “Ini adalah Cahaya dari Muhammad
Kekasih Ku, dan kalau kamu akan beriman kepadanya dan menegaskan risalah
kenabiannya, Aku akan menghadiahkan kepada kamu kehormatan berupa kenabian.”
Dengan itu semua ruh para nabi itu menyatakan iman
mereka kepada kenabiannya, dan Allah berkata, “Aku menjadi saksi terhadap
pengakuanmu ini,” dan mereka semua setuju. Sebagaimana disebutkan di dalam al
Quran yang Suci:
Dan ketika Allah bersepakat dengan para nabi itu :
Bahwa Aku telah memberi kamu Kitab dan Kebijakan; kemudian akan datang kepadamu
seorang Rasul yang menegaskan kembali apa-apa yang telah apa padamu–kamu akan
beriman kepadanya dan kamu akan membantunya; apa kamu setuju? Dia berkata. Dan
apakah kamu menerima beban Ku kepadamu dengan syarat seperti itu. Mereka
berkata, ‘Benar kami setuju.’ Allah berkata, ‘Bersaksilah demikian, dan Aku
akan bersama kamu diantara para saksi.’
(Ali Imran, 3:81) وَإِذْ أَخَذَ اللّهُ مِيثَا قَا
لنَّبِيِّيْنَ لَمَا آتَيْتُكُم مِّن كِتَا بٍ وَ حِكْمَةٍ ثُمَّ جَاءكُمْ رَ سُو
لٌ مُّصَدِّ قٌ لِّمَا مَعَكُمْ لَتُؤْ مِنُنَّ بِهِ وَ لَتَنصُرُ نَّهُ قَالَ
أَأَ قْرَ رْ تُمْ وَ أَ خَذْ تُمْ عَلَى ذَ لِكُمْ إِ صْرِ ي قَا لُواْ أَ قْرَ
رْ نَا قَالَ فَا شْهَدُ و اْ وَ أَ نَاْ مَعَكُم مِّنَ ا لشَّا هِدِ ينَ Dan
(ingatlah), ketika Allah mengambil perjanjian dari para nabi:` Sungguh, apa
saja yang Aku berikan kepadamu berupa Kitab dan hikmah, kemudian datang
kepadamu seorang rasul yang membenarkan apa yang ada padamu, niscaya kamu akan
sungguh-sungguh beriman kepadanya dan menolongnya `. Allah berfirman:` Apakah
kamu mengakui dan menerima perjanjian-Ku terhadap yang demikian itu? `Mereka
menjawab:` Kami mengakui `. Allah berfirman:` Kalau begitu saksikanlah (hai
para nabi) dan Aku menjadi saksi (pula) bersama kamu `. (QS. 3:81)
Kemudian ruh yang murni dan suci itu kembali
melanjutkan bacaan Asma ul Husna lagi.
Ketika dia sampai kepada Nama al-Qahhar, kepalanya
mulai berkeringat sekali lagi karena intensitas dari al Qahhar itu, dan dari
butiran keringat itu Allah menciptakan ruh para malaikat yang diberkati.
Dari keringat pada mukanya, Allah menciptakan
Singgasana dan Hadhirat Ilahiah,
Kitab Induk dan Pena, matahari, rembulan dan bintang
-bintang.
Dari keringat di dadanya Dia menciptakan para ulama,
para syuhada dan para mutaqin.
Dari keringat pada punggungnya dibuat lah
Bayt-al-Ma’mur (rumah surgawi),
Kabatullah (Kaba), dan Bayt-al-Muqaddas (Haram
Jerusalem),
dan Rauda-i-Mutahhara (kuburan Nabi Suci s.a.w.di
Madinah), begitu juga semua mesjid di dunia ini.
Dari keringat pada alisnya dibuat semua ruh kaum
beriman, dan dari keringat punggung bagian bawahnya (the coccyx) dibuatlah
semua ruh kaum tak-beriman, pemuja api dan pemuja patung.
Dari keringat di kaki nya dibuatlah semua tanah dari
timur ke barat, dan semua apa-apa yang berada didalamnya. Dari setiap tetes
keringatlah ruh seorang beriman atau tak-beriman dibuatnya. Itulah sebabnya
Nabi Suci s.a.w.disebut juga sebagai “Abu Arwah”, Ayah para Ruh. Semua ruh ini
berkumpul mengelilingi ruh Muhammad s.a.w., berputar mengelilinginya dengan
pepujian dan pengagungannya selama 1,000 tahun; kemudian Allah memerintahkan
para ruh itu untuk memandang ruh Muhammad s.a.w..Para ruh mematuhi.
Siapa Memandang kepada Ruh Muhammad s.a.w.
Nah, di antara mereka yang pandangannya jatuh kepada
kepalanya ditakdirkan menjadi raja dan kepala negara di dunia ini.
Mereka yang memandang kepada dahinya menjadi pemimpin
yang adil.
Mereka yang memandang matanya akan menjadi hafiz Kalimat
Allah (yaitu seorang yang memegangnya kedalam ingatannya).
Mereka yang memandang alisnya akan menjadi pelukis dan
artist. Mereka yang memandang telinganya akan menjadi mereka yang menerima
peringatan dan nasehat. Mereka yang melihat pipinya yang penuh barakah menjadi
pelaksana karya yang bagus dan pantas.
Mereka yang melihat mukanya menjadi hakim dan pembuat
wewangian, dan mereka yang melihat bibirnya yang penuh barokah menjadi menteri.
Barang siapa melihat mulutnya akan menjadi mereka yang
banyak berpuasa.
Barangsiapa yang melihat giginya akan menjadi kelihatan
bagus/cantik, dan siapa yang melihat lidahnya akan menjadi utusan /duta
raja-raja.
Barang siapa melihat tenggorokannya yang penuh barokah
akan menjadi khatib dan mu’adhdhin (yang mengumandangkan adhan). Barang siapa
memandang janggutnya akan menjadi pejuang di jalan Allah.
Barang siapa memandang lengan atasnya akan menjadi
seorang pemanah atau pengemudi kapal laut, dan
barang siap` melihat lehernya akan menjadi usahawan dan
pedagang.
Siapa yang melihat tangan kananya akan menjadi seorang
pemimpin,
siapa yang melihat tangan kirinya akan menjadi seorang
pembagi (yang menguasai timbangan dan mengukur catu kebutuhan hidup).
Siapa yang melihat telapak tangannya menjadi seorang
yang gemar memberi;
siapa yang melihat belakang tangannya akan menjadi
kolektor.
Siapa yang melihat bagian dalam dari tangan kanannya
menjadi seorang pelukis;
siapa yang melihat ujung jari tangan kanannya akan
menjadi seorang calligrapher, dan
siapa yang melihat ujung jari tangan kirinya akan
menjadi seorang pandai besi.
Siapa yang melihat dadanya yang penuh baraokah akan
menjadi seorang terpelajar, meninggalkan keduniaan (ascetic) dan berilmu.
Siapa yang melihat punggungnya akan menjadi seorang
yang rendah hati dan patuh pada hukum Shari’a.
Siapa yang melihat sisi badanya yang penuh barokah akan
menjadi seorang pejuang.
Siapa yang melihat perutnya akan menjadi orang yang
puas, dan
siapa yang melihat lutut kanannya akan menjadi mereka
yang melaksanakan ruk’u dan sujud.
Siapa yang melihat kakinya yang penuh barokah akan
menjadi reorang pemburu, dan
siapa yang melihat telapak kakinya menjadi mereka yang
suka bepergian.
Siapa yang melihat bayangannya akan mejadi penyanyi dan
pemain saz (lute).
Semua yang memandang tetapi tidak melihat apa-apa akan
menjadi kaum tak-beriman, pemuja api dan pemuja patung. Mereka yang tidak
memandang sama sekali akan menyatakan bahwa dirinya adalah tuhan, seperti
Nimrod, Pharoah dan sejenisnya.
Kini semua ruh itu diatur dalam empat baris.
1. Di baris pertama berdiri ruh para nabi dan rasul,
a.s.;
2. Di baris kedua ditempatkan ruh para orang suci, para
sahabat Allah;
3. Di baris ketiga berdiri ruh kaum beriman, laki dan
perempuan;
4. Di baris ke empat berdiri ruh kaum tak-beriman.
Semua ruh ini tetap berada dalam dunia ruh di hadhirat
Allah S.W.T.sampai waktu mereka tiba untuk dikirim ke dunia fisik.
Tidak seorang pun tahu kecuali Allah S.W.T. yang tahu
berapa selang waktu dari waktu diciptakannya ruh penuh barokah Nabi Muhammad
sampai diturunkannya dia dari dunia ruh ke bentuk fisiknya itu.
Diceritakan bahwa Nabi Suci Muhammad s.a.w. bertanya
kepada malaikat Jibra'il ,
“Berapa lama sejak engkau diciptakan?”
Malaikat itu menjawab, “Yaa Rasulullah, saya tidak tahu
jumlah tahunnya,
yang saya tahu bahwa setiap 70,000 tahun seberkas
cahaya gilang gemilang menyorot keluar dari belakang kubah Singgasana Ilahiah;
sejak waktu saya diciptakan cahaya ini muncul 12,000
kali.”
“Apakah engkau tahu apakah cahaya itu?” bertanya
Muhammad s.a.w..
“Tidak, saya tidak tahu,” berkata malaikat itu. “Itu
adalah Nur ruhku dalam dunia ruh,” jawab Nabi Suci s.a.w.. Pertimbangkan
kemudian, berapa besar jumlah itu, jika 70,000 dikalikan 12,000 !
Tidak ada komentar:
Posting Komentar